Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, January 14, 2010

IPTA tidak wajar tawar program pendidikan sekolah rendah


14/01/2010 8:38pm

JITRA 14 Jan. — Institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah), memandangkan ia telah ditawarkan oleh institusi pendidikan guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, dekat sini hari ini.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya penyelarasan perlu ada antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd. Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...