BUKA MINDA... Dr A Sher Kawi berinteraksi bersama lebih 170 guru kaunseling dari seluruh Semenanjung pada Seminar Kaunselor Sekolah PETRONAS Kedua. Foto ihsan UTPKUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lebih daripada 170 kaunselor sekolah dari seluruh Semenanjung menghadiri seminar kaunselor sekolah Petronas kali kedua di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak.
Para peserta yang menghadiri seminar empat hari itu adalah dari sekolah-sekolah di mana para pelajarnya mendapat tajaan Petronas, kata UTP dalam satu kenyataan Rabu.
Seminar anjuran Unit Tajaan Pendidikan Petronas dengan UTP dan Petrosains, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kaunselor, menyemai minat dalam bidang itu selain memberi penekanan terhadap kepentingan peranan mereka di sekolah, kata kenyataan itu.
Mereka juga didedahkan dengan amalan terbaru dalam bidang kaunseling selain pendidikan dan peluang kerjaya yang ditawarkan Petronas dan meningkatkan hubungan antara sektor korporat dan sekolah.
Seminar itu dipimpin Dr A Sher Kawi Jaafar yang berpengalaman 24 tahun dalam psikologi dan program perkembangan profesional dan individu yang berasaskan motivasi.
Majlis itu dirasmikan Pengarah Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Datuk Zulkifly Mohd Wazir yang turut dihadiri Rektor UTP Datuk Dr Zainal Abidin Kasim.
Dalam ucapannya, Dr Zainal Abidin menekankan mengenai peranan kaunselor sekolah dalam membuka minda para pelajar untuk menyedari potensi mereka.
Menurut salah seorang peserta, seminar itu membolehkan mereka mempelajari kaedah baru untuk mengaplikasi teknik kaunseling, meningkatkan pengetahuan dalam mengendali masalah para pelajar selain mendapat maklumat baru mengenai kerjaya dan tajaan Petronas.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment