Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Monday, September 9, 2013
478,848 calon duduki peperiksaan UPSR mulai esok
478,848 calon duduki
peperiksaan UPSR mulai esok
KUALA LUMPUR: Seramai 478,848 calon akan menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok sehingga 12 September ini
di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini daripada jumlah itu sebanyak 469,882 calon adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Jadual waktu peperiksaan itu diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.
Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
- BERNAMA
Najib mahu calon UPSR lakukan yang terbaik
Najib mahu calon UPSR lakukan yang terbaik
"Kepada adik-adik yang menjalani UPSR esok, semoga berjaya," kata perdana menteri melalui laman Twitter beliau.
Sebanyak 478,848 calon akan menduduki UPSR mulai esok hingga Khamis di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. - BERNAMA
Sunday, September 8, 2013
Saturday, September 7, 2013
Rombongan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Rombongan pertama
jemaah haji Malaysia selamat
tiba di
Madinah
MADINAH: Seramai 350
jemaah rombongan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di lapangan terbang
antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira jam 7 pagi waktu
tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia).
Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira sejam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick di sini.
Ketibaan rombongan dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu disambut oleh Duta Malaysia ke
Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, Konsul Malaysia di Arab
Saudi, Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak; Timbalan Ketua Rombongan Haji, Tengku
Aziz Raja Abdullah dan Ketua Muassasah Adila, Dr Yusof Ahmad Hawala.
Sementara itu, Syed Omar berkata, kerajaan Arab Saudi menghormati jemaah Malaysia kerana budi perkerti dan disiplin mereka.
"Saya sendiri pernah menghadap Raja Abdullah dan baginda ada memaklumkan jemaah dari Malaysia dihormati kerana akhlak yang baik dan saya ingin menasihatkan jemaah kita supaya terus menjaga nama baik negara dengan mematuhi sebarang arahan dan peraturan kerajaan Arab Saudi," katanya kepada wartawan Malaysia.
Beliau berkata, jemaah haji kini tidak lagi perlu menunggu lama untuk urusan kastam dan imigresen berikutan pusat perkhidmatan di lapangan terbang di Madinah sudah dikemaskinikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Seramai 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini dan jumlah itu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh negara di dunia. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)




