Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, September 21, 2013

TAJUK TUGASAN:MORFOLOGI BAHASA MELAYU

 
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
                 
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SEMESTER 1, SESI 2013/2014


TAJUK TUGASAN:        


BIL


TUGASAN

PERATUS MARKAH



ARAHAN
1.  Kerja kursus perlu bersifat ilmiah dari segi persembahan isi, rujukan, kupasan isi atau hujah, pemaparan idea, dan format penulisan.
2.  Kerja kursus tidak melebihi 25 halaman, dan sekurang-kurangnya 20 halaman (tidak termasuk kulit).
3.  Anda perlu mengambil 2 buah buku sebagai sumber/rujukan untuk dibuat perbandingan.
4.  Buku ulang kaji atau buku kerja pada peringkat PMR, SPM dan STPM tidak boleh dijadikan sumber rujukan bagi menghasilkan kerja kursus.
5.  Anda perlu memberikan pendapat/pemahaman anda sendiri tentang tajuk tugasan anda.
6.  Anda TIDAK DIBENARKAN menyalin bulat-bulat artikel/tulisan daripada sumber yang anda rujuk tanpa menyatakan  sumbernya.
7.  Plagiatrisme dan berkongsi tugasan adalah dilarang sama sekali. Jika didapati, anda perlu membuat tugasan semula atau digagalkan kerja kursus tersebut.
8.  Kandungan kerja kursus:
1.  Konsep/definisi
2.  Ciri (jika berkaitan, jika ada)
3.  Jenis/Bentuk/Golongan (jika berkaitan)
4.  Perbandingan/Dapatan/Perbincangan
5.  Kesimpulan
6.  Rujukan
7.  Lampiran (jika ada)

9.  Kerja kursus hendaklah ditaip langkau 1.5.
10.          Tarikh menghantar kerja kursus pada atau sebelum:
           MINGGU 10 (18 hingga 24 November  2013)
11.          Kerja kursus MESTI dihantar dengan dua cara, iaitu melalui
(i)   MyGuru 3 (tapak assignment)
(ii)  Secara pos laju, berdaftar, atau kurier kepada
      pensyarah/tutor e-learning masing-masing.
      12. Penghantaran kerja kursus melalui e-mel peribadi   
           pensyarah/tutor tidak dibenarkan. Jika pelajar masih
          menghantarnya, kerja kursus itu tidak akan dibuka, dibaca
          atau dinilai.
      13. Untuk makluman pelajar, kerja kursus tidak perlu dihantar   
           dalam bentuk CD.
14.          Kulit kerja kursus adalah seperti format yang diberikan.


TAJUK:
             Pilih mana-mana satu tajuk daripada yang berikut:
1.        Perbandingan bentuk awalan meN-. 
2.        Perbandingan bentuk awalan peN-.
3.        Perbandingan jenis kata majmuk.
4.        Perbandingan jenis kata ganda.
5.        Perbandingan golongan kata nama.
6.        Perbandingan golongan kata kerja.  
7.        Perbandingan kata adjektif.
8.        Perbandingan kata adverba.  

Tajuk yang disenaraikan di atas tidak dinyatakan buku yang dirujuk. Andalah yang memilih buku-buku tersebut untuk dibuat perbandingan. Contoh tajuk kerja kursus.

   Perbandingan bentuk awalan meN- antara Tatabahasa Dewan 
  dengan Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. 
 
   Perbandingan golongan kata nama antara Morfologi dengan 
  Tatabahasa Asas.

  Perbandingan jenis kata ganda antara Tatabahasa Dewan
  dengan Nahu Melayu Mutakhir.

 Perbandingan golongan kata kerja antara Tatabahasa Dewan
 dengan Tatabahasa Asas.




Buku yang boleh dijadikan perbandingan (Cadangan):
1.  Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
2.  Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
3.  Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4.  Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
5.  Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.  Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono, 2000. Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.
7.  Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.  Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.





50


Teruskan membaca..

Tajuk Tugasan:Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu




BML3043 

 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu



Sila jawab 3 soalan berikut dalam kerja kursus anda.


1.    Apakah yang anda faham tentang :

a.          Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang ilmu Linguistik.

b.          Fonetik dan Fonologi. Berikan definisi dan contoh-contohnya. Terangkan matlamat akhir pengajian Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu.


2.    Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal asli dan bunyi konsonan  asli bahasa Melayu.


3.    Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vocal ejaan tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.


       (45 Markah)


Perhatian:

Bagi membantu anda menjawab tiga jenis soalan yang dicantumkan dalam kerja kursus ini, anda dinasihatkan merujuk dan meneliti buku-buku berikut:

1.    Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan Nur  Farah Lo Abdullah.

       (Jawapan bagi soalan 1 dan 2)

2.    Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood.

       (Jawapan bagi soalan 3)

3.    Bahan rujukan lain yang berkaitan bagi memantapkan pengetahuan anda dalam ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu



Penilaian Prestasi Pelajar 
berdasarkan pembahagian berikut: 


1. Tugasan                        45 %
2. Forum                           15 % 
3. Peperiksaan Akhir         40 % 



Teruskan membaca..

Qunut difahami tingkat penghayatan


 

Qunut difahami tingkat penghayatan

 

 
Saya sudah berumur dan ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dalam doa Qunut yang kita baca setiap kali solat Subuh. Bagaimana saya hendak menghayati doa Qunut itu.

Haji Mat Johor.


Secara ringkasnya apa yang perlu kita renungkan apabila membaca doa Qunut ialah apabila membaca: 
“Allahummahdini fi man hadaita (Ya Allah, berilah aku hidayah seperti mana orang yang Engkau beri hidayah)”, hendaklah ia tegaskan bahawa ia sangat menghayati petunjuk Allah SWT untuk memasukkannya ke dalam golongan orang yang telah mendapat petunjuk.

Apabila membaca wa ‘afini fi man ‘afait (berilah daku kesihatan seperti mana orang yang Engkau beri kesihatan), hendaklah ia mengharapkan benar-benar akan memperoleh afiat seperti mana orang yang telah memperolehnya supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Apabila ia membaca wa tawallani fi ma a’thaita (dan peliharalah aku seperti mana orang yang Engkau pelihara), hendaklah ia penuhkan harapan semoga Tuhan menolongnya, melimpahkan inayat-Nya kepadanya, menolak yang ia takuti dan memberi yang ia harapkan. Ini kerana seseorang yang mendapat inayat Allah SWT terhindar daripada kesukaran dan memperoleh barang yang dihajatinya.

Mengharap keberkatan
Apabila membaca wabarik li fi ma a’thaita (berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang Engkau kurniakan), hendaklah ia mengharap diberkati segala apa yang telah diberikan kepadanya.

Apabila membaca wa qini syarra ma qadhaita (selamatkanlah aku daripada bahaya yang telah Engkau tentukan), hendaklah ia mengharap benar supaya ia dipelihara daripada segala rupa kejahatan.

Apabila membaca fa innaka taqdhi wa la yuqhdha ‘alaika (maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum bukanlah Engkau yang kena hukum), hendaklah ia menghidupkan perasaan bahawa Tuhanlah yang Maha Berkuasa melaksanakan qada-Nya dan qada-Nya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.

Apabila membaca wa innahu layadzillu man wa laita (sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin), hendaklah ia berasakan bahawa orang yang dimuliakan Allah SWT tidak akan dapat dihinakan, tidak berasakan dirinya hina, hidup padanya perasaan mulia diri dan ia tidak mahu tunduk, selain kepada kebenaran. 


Apabila membaca wa la ya-izzu man ‘adaita (dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi), hendaklah ia insafi bahawa orang yang dimusuhi Allah SWT pasti akan terjebak ke dalam kancah kebinasaan dan tidak layak orang yang dimusuhi Allah SWT kita muliakan. 


Apabila membaca tabarakta wa ta’alaita (Maha suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi), hendaklah ia akui benar-benar bahawasanya Allah SWT yang Maha Besar keberkatan-Nya dan Maha Tinggi, kekal kebajikan-Nya dan tetap tegak ketinggian-Nya. 


Apabila ia berselawat kepada Nabi SAW, maka hendaklah ia berharap dengan sebenar-benarnya semoga Tuhan makin menambahkan kebesaran Nabi SAW dengan makin bertambah berkembangnya agama Islam dan menarik manusia untuk menganutinya. 


Teruskan membaca..

Tuesday, September 17, 2013

Duit syiling peringatan sempena Hari Malaysia ke-50

Duit syiling peringatan sempena Hari Malaysia ke-50



INILAH duit syiling peringatan sempena ulang tahun 
penubuhan Malaysia ke-50 yang dikeluarkan Bank Negara.
KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh mendapatkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun penubuhan Malaysia ke-50 keluaran Bank Negara Malaysia (Bank Negara) bermula hari ini.



Menurut kenyataan Bank Negara, terdapat tiga jenis duit syiling yang dikeluarkan iaitu duit syiling peringatan emas, duit syiling perak berwarna dan duit syiling emas nordic.
Jelasnya, duit syiling peringatan emas diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram dengan nilai mukanya ialah RM100.



"Ia dijual pada harga RM1,800 sekeping dan sebanyak 750 keping telah ditempa," kata kenyataan itu di sini semalam.



Bagi duit syiling peringatan perak berwarna pula, ia merupakan duit syiling berwarna pertama yang dikeluarkan Bank Negara dengan Jalur Gemilang terpapar di bahagian hadapannya.




Sumber


Teruskan membaca..

Monday, September 16, 2013

Keputusan ujian MUET diumum Khamis ini



Keputusan ujian MUET diumum Khamis ini

 

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan Khamis ini. 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos. 
 

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013. 
 


Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada tarikh itu. 


"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu. 


Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 September dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. 


- BERNAMA
 
 

 
 
Sumber
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...