Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, March 21, 2013

Antologi Sajak Kasut Kelopak Jantung



KIAN   KITA   LUPA


Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata



Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga



Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia



Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2TSJ_KNTKfVdEPqJArRf7pAjD6w8xOv15ft8lPaQyknqeADFgzpbD-zQo9Z0NJCHAfmrLIsmR-gIOY12nHFsz1_Z-ImbhR1qQNl0i9sNUyo7Bk2XaJZ4QHXa2KvEqKwzw-wuueyj16Ek0/s1600/Kasut_Kelopak_Jantung_Ting_1.jpg




Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum. 




 Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun. Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.






Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. 




Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia. 
 
 
 
Teruskan membaca..

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A


15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A  

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menunjukkan laporan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 selepas membentangkannya di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, pagi tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
 
 
 
PUTRAJAYA: Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 20122 berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata ia meningkat 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. 

Beliau berkata, seramai 13,721 calon itu dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011.


Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sini, sebentar tadi. 
 
 
 
 
Sumber
Teruskan membaca..

Keputusan SPM

http://www.bumigemilang.com/wp-content/uploads/2013/03/SPM-2012.png

Keputusan SPM: 


Seramai 15,793 calon dapat semua A

 

 

PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.


"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian telah berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di sini hari ini. - UTUSAN 


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130321/dn_23/Keputusan-SPM-Seramai-15793-calon-dapat-semua-A#ixzz2O9ssb47c
© Utusan Melayu (M) Bhd
Teruskan membaca..

Tuesday, March 19, 2013

Peroleh amal salih dalam pekerjaan




Peroleh amal salih dalam pekerjaan




Ikhlas bekerja 
diterima di sisi Allah dan manusia
 yang berurusan


Niat dan cita-cita untuk menjadi insan salih dan beramal salih melalui apa juga kerjaya diceburi boleh mencetuskan semangat motivasi serta terapi hati dalam mengejar matlamat kesejahteraan dunia dan akhirat. 





Setiap kali kita bekerja, pahatkan dalam hati bahawa kerja hari ini adalah untuk pelaburan hari akhirat kelak. Namun, ia tidak akan menjadi pelaburan akhirat jika tidak diniatkan serta diusahakan dengan memenuhi standard sebagai amal soleh. 






“Adapun orang yang beriman
 dan mengerjakan amal salih,
 maka Allah akan menyempurnakan
 pahala mereka.”  

(ali-Imran, ayat 57)





Amal salih adalah amal yang dilaksanakan mengikut piawaian akhlak seperti ikhlas, teliti, jujur, amanah, tekun, cekap serta mengikut piawaian syarak, diusahakan daripada sumber yang halal dan membawa manfaat.

 


Sabda Rasulullah SAW: 



“Sebaik-baik harta ialah
 harta yang baik kepunyaan
 orang yang baik”.

 (Riwayat Imam Ahmad)




Kurang kerenah birokrasi


 

Usaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi juga satu amal salih kerana selain bertujuan memudah dan mempercepatkan proses urusan, ia juga dapat mengelakkan pelanggan menggunakan jalan pintas atau mengamalkan suapan, rasuah dan penipuan untuk mencapai hasrat dengan mudah. 




Begitu juga langkah mempercepatkan masa menunggu giliran, menyediakan kaunter pertanyaan dan perkhidmatan mencukupi, menyediakan perkhidmatan khas kepada golongan kurang upaya, warga emas dan ibu hamil serta menggantikan pegawai bercuti panjang.




Mengurangkan prosedur kerja yang panjang dan rumit, menyediakan tempat berurusan selesa, bersih dan selamat, memudahkan pengisian borang, penyaluran maklumat permohonan secara dalam talian, memberikan maklumat urusan dengan jelas, tepat dan mencukupi juga antara amal soleh.



Bekerja dengan matlamat menjadi insan salih dan beramal salih memberi manfaat yang dahsyat kepada pekerja. Ia meliputi antaranya tujuh implikasi iaitu pertama, disempurnakan dan diberi ganjaran pahala.

 


Firman Allah SWT: 


“Adapun orang yang beriman 
dan mengerjakan amal salih, 
maka Allah akan menyempurnakan
 pahala mereka.”

(Surah ali-Imran, ayat 57) 


Elak kerja sia-sia

 

Kedua, mengelakkan kerja menjadi sia-sia ibarat debu yang berterbangan dan tidak menjadi pelaburan akhirat. Abu Hurairah, katanya, 



“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda
 mengenai beberapa orang yang
 mengerjakan amalan tetapi
 sia-sia pada hari akhirat.
 Antaranya meliputi sumber yang 
haram dan tidak jujur.”

 

Firman Allah SWT:

 “Demi masa
 sesungguhnya manusia itu
 dalam kerugian kecuali mereka
 yang beramal soleh dan berpesan-pesan 
kepada kebenaran dan berpesan-pesan
 pada kesabaran.” 

(Surah al-Asr, ayat 1-3) 


Ketiga, menjadi terapi hati apabila merasa letih, penat dan putus asa terhadap kerja. 


Firman Allah SWT: 


“Sesiapa yang beriman dan
 beramal salih maka tiada ketakutan
 bagi mereka dan tiada pula 
mereka merasa sedih.”



Kelegaan daripada sifat takut dan sedih ini lahir daripada keyakinan hati terhadap balasan setiap amal soleh akan dilihat serta dihitung oleh Allah SWT.

 

Firman-Nya: 

“Dan bahawa sesungguhnya 
tiada (balasan) bagi seseorang melainkan
(balasan) apa yang diusahakannya.
 Dan sesungguhnya usahanya itu
 akan diperlihatkan (kepadanya pada
 Hari Kiamat kelak). Kemudian usahanya itu
 akan dibalas dengan balasan
 yang amat sempurna.” 

(Surah al-Najm, ayat 39-41) 



Keempat, mendapat kehidupan yang baik. Implikasi ini sesuai dengan tuntutan untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi mendapatkan hasil dan output berkualiti.
 

Firman Allah SWT: 



“Sesiapa yang mengerjakan amal salih
 sama ada lelaki mahupun perempuan dan
 dia beriman, maka Kami akan memberikan
 kehidupan yang baik baginya dan Kami
 akan berikan kepada mereka ganjaran
 yang lebih baik daripada amalan mereka.” 

(Surah al-Nahl, ayat 97) 



Kelima, dikasihi majikan dan rakan. Dengan memenuhi piawaian akhlak dan syarak, pastinya kerja itu bukan saja diterima di sisi Allah SWT tetapi juga manusia yang berurusan di sekeliling kita.



Keenam, menjadi contoh dan sumber inspirasi dalam membentuk budaya amal salih kepada yang lain. 
Sabda Rasulullah, 


“Seorang Mukmin itu
 adalah cerminan bagi
 Mukmin yang lain.” 

(Riwayat al-Bukhari) 


Buka pintu rahmat


Ketujuh, membuka pintu rahmat Allah SWT.
 Sabda Rasulullah: 


“Allah SWT merahmati orang
 yang bertolak ansur ketika menjual,
 bertolak ansur ketika membeli, 
bertolak ansur ketika mengadili dan
 bertolak ansur ketika meminta pengadilan.”

 (Riwayat al-Tirmizi) 


Semua implikasi ini akan menjadikan kita pekerja yang dedikasi, berdaya tahan lagi ceria melaksanakan tugas. 


Penulis Penyelaras Unit Penerbitan,
 Institut Pengurusan dan Penyelidikan
 Fatwa Sedunia (INFAD)
 Universiti Sains Islam Malaysia 
(USIM)





Teruskan membaca..

Monday, March 18, 2013

STPM: Kelantan catat sejarah terbaik, 12 calon lulus semua A


STPM: Kelantan catat 

sejarah terbaik, 12 calon 

lulus semua A


KOTA BHARU 18 Mac - Kelantan mencatat sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 apabila 12 calonnya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya, iaitu peningkatan tiga kali ganda.



Jumlah tersebut tidak termasuk tujuh lagi calon yang mendapat keputusan A bagi empat daripada lima mata pelajaran diambil, sekali gus menjadikan sebanyak 19 calon kesemuanya berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 tahun ini.



Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, peratus calon lulus penuh pula adalah seramai 5,399 calon iaitu 95.12 peratus daripada keseluruhan 5,676 calon, mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 92.67 peratus.



Beliau berkata, pihaknya berbangga kerana peratusan kecemerlangan pelajar yang memperoleh keputusan empat dan lima prinsipal juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 53.7 peratus atau 3.048 calon berbanding 47.39 peratus, malah enam mata pelajaran turut mengatasi pencapaian nasional iaitu Perkomputeran, Kesusasteraan Melayu, Sains Sukan, Geografi, Bahasa Cina dan Seni Visual.


 
Selain itu, katanya, empat pelajar telah dipilih sebagai pelajar terbaik peringkat nasional berbanding seorang sahaja pada 2011 iaitu Azira Mohd. Asri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa; Nurhanisah Deraman (SMK Cherang Ruku), Ahmad Herman Rodzi (SMK Ketereh) dan Siti Aidah Othman (SMK Tendong).
"Walaupun peratus calon lulus penuh menurun sedikit iaitu sebanyak 0.87 peratus berbanding tahun 2011 tetapi penurunan ini amat kecil dan yang lebih utama bagi kami adalah peningkatan kecemerlangan pelajar hasil komitmen bersungguh-sungguh para guru dan pengurusan sekolah.



"Tahun 2012 kita mempunyai 19 pelajar yang mendapat PNGK 4.0 iaitu satu pencapaian yang tidak pernah kita peroleh sebelum ini, begitu juga dengan bilangan pelajar yang mendapat empat dan lima prinsipal.
"Apa yang menarik adalah trend kecemerlangan ini tertumpu di sekolah luar bandar dan saya berterima kasih atas kesunguhan warga pendidik melaksanakan kesemua perancangan sama ada yang diatur pihak sekolah atau jabatan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM negeri Kelantan 2012 di pejabat Jabatan Pelajaran negeri di sini hari ini. - UTUSAN



Teruskan membaca..

18 calon cemerlang STPM 2012


18 calon cemerlang STPM 2012 

 

 

KUALA LUMPUR: Seramai 18 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 meraih keputusan gred A dalam lima subjek yang diambil berbanding 12 orang tahun sebelumnya.


Keputusan keseluruhan STPM 2012 mencatatkan hampir 48,000 calon atau lebih 90 peratus lulus sekurang-kurangnya satu subjek. 




Daripada jumlah itu, seramai 2,709 calon lulus penuh lima subjek diikuti 21,772 calon lulus empat subjek, 10,029 calon lulus tiga subjek, 7,299 calon lulus dua subjek dan 6,068 lulus satu subjek.



Teruskan membaca..

Peluang belajar terbuka luas

Foto 
PROSPEK untuk menjejakkan kaki ke menara gading 
bagi lepasan STPM sangat cerah dan terbuka luas. - Gambar hiasan

Peluang belajar terbuka luas

Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali


Penantian 54,697 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu berakhir apabila keputusan peperiksaan terbabit diumumkan hari ini.


Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, pasti sudah mencongak langkah ke menara gading manakala yang kurang bernasib baik juga tidak ketinggalan mempunyai perancangan sendiri.



Apa jua keputusan, STPM masih menjanjikan pulangan setimpal biarpun pada masa sama, terpaksa berdepan pelbagai stigma tradisional dan dikatakan tidak sepopular Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Dr Syed Sofian Syed Salim berkata, lepasan STPM memiliki kelebihan dari segi sosial dan moral.


 Menurutnya, kelebihan itu bukan saja kerana guru meletakkan mereka setaraf seperti pelajar universiti yang matang, malah diperkukuhkan dengan aspek pembinaan nilai jati diri sebagai golongan dewasa.

“STPM biarpun dilabel­kan dengan tanggapan berbeza, masih mempunyai ciri kehebatan tersendiri, selain setara seperti prauniversiti.

“Lepasan STPM dilatih dan diajar untuk lebih berdikari, melihat dunia luar dari perspektif berbeza, selain diterapkan kemahiran berfikir, menganalisis, mengkaji dan menyelidik daripada pelbagai sumber.

“Kematangan dan pendedahan itu memberi banyak kelebihan tidak kira sama ada mereka mahu terus bergelar pelajar di menara gading mahupun memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Prospek yang mampu ditawarkan kepada lepasan STPM menyeluruh dan mencakupi pelbagai aspek dengan 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut menawarkan tempat dari aliran sains dan sastera.

Lepasan STPM hanya perlu memenuhi syarat kemasukan minimum seperti Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK 2.0) dan sekurang-kurangnya Gred C Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP 2.0) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.0) dalam dua mata pelajaran, selain Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Tahap 1.

Dr Syed Sofian berkata, dengan jumlah lepasan STPM yang tidak seramai calon lepasan SPM, peluang adalah lebih terbuka dan tidak perlu keterlaluan bersaing untuk memperoleh tempat.

“Malah, mereka (lepasan STPM) sudah diterapkan dengan suasana pembelajaran berbeza di sekolah merentasi keperluan sedia ada.

“Justeru, dari aspek kejutan budaya, kegagalan berdikari mahupun terkejut dengan sistem pembelajaran di universiti boleh dikatakan tiada langsung.

“Malah, mereka lebih pantas menyesuaikan diri dan kurang mendatangkan masalah,” katanya.

STPM juga perlu dilihat sebagai peperiksaan yang mempunyai kelas tersendiri kerana kemasukan ke ting­katan enam bukan melalui permohonan, sebaliknya ditawarkan secara automatik kepada calon yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan.

Pada 1980-an, tingkatan enam menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM, namun sejak matrikulasi dan asasi sains diperkenalkan bagi memenuhi tuntutan negara, tingkatan enam semakin suram.

“Sebab itu, STPM menjadi kurang popular dan ­dianggap tempat pelajar tidak pandai atau tidak mendapat tawaran melanjutkan pengajian.

“Selain itu, stigma me­ngatakan STPM susah untuk lulus cemerlang biarpun hanya membabitkan lima atau empat mata pelajaran saja menjadikan peperiksaan itu disalah ertikan,” katanya.

Beliau berkata, pelajar perlu melihat peluang luas yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui program yang disediakan setiap IPTA kepada lepasan STPM.

Merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan KPT bagi kemasukan ke IPTA sesi akademik 2013/2014 bagi lepasan lepasan STPM atau setaraf, semua 19 IPTA menyediakan peluang sebanyak 730 program bagi aliran sains dan 424 program bagi sastera.

Daripada semua 19 IPTA terbabit, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan paling banyak program boleh dipilih iaitu sebanyak 119 program bagi aliran sains dan 82 untuk aliran sastera.

Mengenai pilihan program boleh dibuat lepasan STPM, Dr Syed Sofian menyarankan pelajar aliran sains supaya memilih program berkaitan kemahiran peringkat tinggi dengan peluang kerjayanya lebih luas hingga peringkat global.

Antaranya teknologi kejuruteraan aeronautik (penerbangan profesional), teknologi kejuruteraan aeronautik (kawalan trafik udara), kejuruteraan pembuatan (robotik & automasi) dan kejuruteraan (minyak dan gas).

Bagi aliran sastera, pelajar boleh memilih kursus katering, teknologi permainan, pentadbiran perniagaan (kewangan Islam), pentadbiran perniagaan (keusahawanan), pentadbiran perniagaan (perniagaan antarabangsa) dan perniagaan (keusahawanan kejuruteraan).

“Bagaimanapun, ia subjektif dan terpulang pada minat dan kelayakan. Mereka terlebih dulu perlu melihat kemampuan diri serta prospek mampu ditawarkan sebelum membuat pilihan program dikehendaki,” katanya.

Bagi yang kurang cemerlang juga tidak sukar melangkah ke alam pekerjaan, malah katanya, lepasan STPM tetap laku dalam pasaran biarpun pada masa sama terpaksa bersaing dengan graduan lain.

“Negara kita cukup ­banyak menyediakan peluang pekerjaan tidak kira sama ada untuk pemegang sijil, diploma dan ijazah.

“Pengangguran berlaku kerana sikap memilih pekerjaan, selain tidak menepati piawaian majikan dalam kemahiran tertentu.

“Bagi lepasan STPM, mereka tetap laku biarpun pada masa sama terpaksa ­bersaing dengan orang lain. Pasaran pekerjaan STPM ada tempatnya sendiri,” katanya.

Beliau juga positif STPM masih relevan, malah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM bermula sesi pengambilan 2012/2013 menjenamakan semula tingkatan enam ke tahap lebih berprestij.

“Semoga penjenamaan semula ini akan membuka mata masyarakat pelajar STPM bukan kelas kedua. Sebaliknya, berada dalam kelas tersendiri dan boleh mengatur langkah lebih jauh seperti pelajar lain,” kata­nya.






 

Teruskan membaca..

47,884 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam STPM 2012


47,884 calon lulus 

sekurang-kurangnya satu mata

 pelajaran dalam

 STPM 2012

KUALA LUMPUR: Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 18 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya. 

"Pada umumnya, prestasi calon 2012 adalah lebih baik berbanding dengan prestasi 2011 di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) meningkat kepada 2.24 daripada 2.22," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini, hari ini.


Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59) pada tahun sebelumnya.

Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Sementara itu, Noh berkata pada 2012, MPM sudah melaksanakan sistem pentaksiran baru STPM yang menggantikan sistem pentaksiran sedia ada bermula sesi pengambilan 2012/2013.

"Pelajar tingkatan enam bawah 2012 adalah kohort pertama yang menduduki peperiksaan penggal 1 STPM 2013 yang diadakan pada 5 hingga 8 November 2012," katanya. 
 

Justeru, katanya keputusan peperiksaan itu akan dikeluarkan pada Khamis ini bermula jam 12.00 tengah hari. 
 
 

Sumber

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...