Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, December 12, 2011

Lukisan ceriakan pesakit


Lukisan ceriakan pesakit




JIKA ketawa adalah ubat paling mujarab meredakan kesakitan, apa pula yang perlu dilakukan bagi mempercepatkan pemulihan jika tidak dengan buah-buahan dan lukisan. Ini kerana buah-buahan mampu menjadi dos tambahan kepada penyembuhan manakala lukisan adalah rawatan jiwa yang boleh menenangkan serta memberi rasa gembira kepada sesiapa saja.



Menyedari pentingnya nilai komunikasi dengan kanak-kanak ini memberi inspirasi kepada MBG Fruitshop mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menghadiahkan 20 lukisan bersama bakul buah-buahan kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik hospital itu bersempena Hari Kanak-Kanak Malaysia.



Lukisan yang disumbangkan ini akan digantung pada dinding hospital dan bilik mainan bagi menceriakan persekitaran dan mempercepatkan proses pemulihan penyakit kanak-kanak.




Menurut Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee sumbangan kepada wad kanak-kanak PPUKM adalah sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial korporat MBG setiap tahun.


“Kesihatan adalah kekayaan dan untuk menggalakkan kehidupan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia, kami berbesar hati membantu kanak-kanak dengan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan kesihatan fizikal dan mental mereka.


“Baru-baru ini juga, kami menganjurkan peraduan di laman sosial facebook dengan meminta mereka menghantar gambar paling ceria dan gembira ketika menikmati buah-buahan untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan dan menjaga kesihatan keluarga terutama kanak-kanak,” katanya.




Tambahnya lagi, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama kanak-kanak dan berkomunikasi dengan mereka. Ini boleh dilakukan dengan menyemai nilai murni dan meluangkan masa dengan mendekatkan diri dengan mereka setiap hari.




“Kanak-kanak menjadi inspirasi untuk membentuk keluarga yang sihat. Peranan dan sumbangan mereka kepada negara bermula daripada didikan ibu bapa,” kata Adnan.




Daripada pertandingan itu 80 peratus pemenang adalah kanak-kanak. Ini kerana mereka menggunakan apa saja yang dipelajari serta pengalaman dalam kehidupan sebagai sudut utama gambar. Setiap peserta memperlihatkan keseronokan, tenaga, semangat berpasukan, setia kawan serta keceriaan yang diterjemahkan dalam pertandingan itu, sekali gus menggalakkan semangat interaksi keluarga dan menyemai nilai murni.




Pemenang utama, Tan Ann Ann, 13, memperlihatkan hubungan akrab antara ibu dan anak. Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, sebagai guru tuisyen, dia membantu anaknya dengan mengumpulkan semua pelajar di bawah bimbingannya bagi membolehkan anaknya merakamkan gambar dalam keadaan seronok dan ceria.




“Peraduan ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih rapat dengan anak. Saya dan Ann menghabiskan banyak masa bersama. Ketawa dan bergembira sepanjang proses menyiapkan penggambaran ini. Hadiah paling berharga ialah apabila saya menjadi kawan karib kepada anak saya,” katanya.




Tambahnya lagi, semua ibu bapa harus melayan anak-anak sebagai rakan karib sekali gus merapatkan jurang yang semakin terhakis di antara ibu dan anak pada masa sekarang.




“Ibu bapa harus menjadi rakan baik anak. Jika ini berlaku, kita dapat memupuk nilai kekeluargaan lebih sihat dan menjauhkan gejala sosial remaja,” katanya.



Pemenang utama menerima wang tunai bernilai RM1,000 bersama sebakul buah-buahan daripada MBG, set rawatan rambut daripada 101 Hair Care dan sijil penyertaan. Sebanyak RM10,000 diberikan kepada semua pemenang. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.mbg.com.my.



Sumber







Teruskan membaca..

Tangga Gaji Baru 2012 SBPA





Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.



DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)



67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.



Link JPA:






Jadual Pemindahan Gaji



Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:



  • Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
  • Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
  • Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
  • Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :




STRUKTUR TANGGA GAJI



Gaji Single Point




  • 27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
  • 28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.


Gaji Sebaris





  • 29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
  • 30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • 30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
  • 30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
  • 30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
  • 31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.


Prinsip Pemindahan Gaji





  • 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
  • Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
  • 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
  • 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
  • 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
  • 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  • 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
  • 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
  • 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
  • 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
  • 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
  • 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8


Pergerakan Gaji Tahunan





  • 40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.


Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang





  • 41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
  • 42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
  • 43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
  • 43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
  • 43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
  • 43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.



Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)





  • 44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
  • 45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
  • 46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :



Tangga Gaji Baru Guru





  • tangga gaji guru DG32
  • tangga gaji guru DG34
  • tangga gaji guru DG 44
  • tangga gaji guru DG 48
  • tangga gaji guru DG52
  • tangga gaji guru DG54

tangga gaji guru 20121 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!



Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-





  • SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
  • SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
  • SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
  • SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
  • SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
  • SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
  • SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)


Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)





  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)


Seperti yang mana didedahkan oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar baru-baru ini yang beliau dedahkan di Facebook sama seperti tangga gaji di bawah ini bagi skim N. Kami dedahkan tangga gaji Skim N buat masa ini sebagai contoh rujukan untuk anda. (Kami akan upload daripada masa ke semasa).



Nota : Sila klik pada setiap imej di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.




Tangga Gaji N54 (SBPA)

tangga gaji baru 2012 4 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!



Tangga Gaji N52 (SBPA)

tangga gaji baru 2012 3 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!



Tangga Gaji N48 (SBPA)

tangga gaji baru 2012 5 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N44 (SBPA)

tangga gaji baru 2012 6 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N41 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N36 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 3 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N28 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 4 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N27 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 5 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N26 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 6 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N22 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 7 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Tangga Gaji N17 (SBPA)

tangga gaji sbpa baru 8 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Setakat apa yang difaham kepada kami setakat ini, akan ada banyak elaun yang “pelik-pelik” akan ditawarkan kepada mana-mana kakitangan awam yang mengambil skim SBPA 2012 nanti.



Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.



P/S : Setakat ini kaedah perlaksanaan telah dikeluarkan secara rasmi. Tangga gaji SBPA masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini…Ramai yang inginkan lampiran C, tetapi masih dimuat naik lagi. Sebenarnya inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian besar kakitangan awam. Tangga gaji biasanya akan diedarkan oleh Jabatan masing-masing.










Teruskan membaca..

Sunday, December 11, 2011

Mencintai Solat Rawatib atau Tathawwu





Keajaiban solat rawatib





UMAT Islam diwajibkan mendirikan solat sebanyak lima kali sehari semalam. Selain solat wajib lima waktu, sebagai hamba Allah kita dituntut memperbanyakkan amalan solat sunat khususnya solat rawatib.




Solat rawatib adalah solat sunat sebelum atau selepas solat wajib. Kita diperintahkan mengamalkan solat rawatib atau tathawwu, iaitu solat sunat yang menyertai solat wajib dengan tujuan melengkapkan segala kekurangan yang mungkin terjadi semasa mendirikan solat fardu.




Selain itu, solat sunat itu tersingkap banyak keutamaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain. Kita dapat analoginya seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.





Abu Hurairah ada menyertakan sebuah hadis yang bermaksud,



‘Sesungguhnya pertama sekali yang akan


dihitung dari amal perbuatan manusia pada


Hari Kiamat kelak adalah solat.'


Allah S.W.T akan berfirman kepada Malaikat-Nya,



“Wahai Malaikat-Ku, periksalah solat hamba-Ku,


sudahkah sempurna solatnya atau masih kurang?


Apabila didapati sudah cukup sempurna,


akan dicatat sempurna. Akan tetapi,


apabila didapati kurang sempurna,


Allah berfirman,


‘Periksa kembali, apakah hamba-Ku itu


memiliki amalan solat sunat (tathawwu)?


Apabila didapati bahawa dia memiliki


amalan sunat tathawwu (solat sunat),


Allah akan berfirman;


‘Cukupkan dan sempurnakan solat fardu


hambu-Ku itu oleh solat sunatnya.’


Kemudian, amal perbuatan hamba itu


dikira menurut cara seperti ini.’


(Hadis riwayat Abu Daud).




Jelas bahawa mendirikan solat sunat rawatib itu satu amalan sunat penting dan tidak seharusnya diremehkan. Ini tidak, kita hanya tekun melaksanakan solat fardu wajib lima waktu tetapi begitu liat mendirikan solat sunat.




Melaksanakan solat sunat itu digalakkan dilakukan di rumah berbanding di masjid. Menurut Imam An-Nawawi dianjurkan solat sunat di rumah supaya lebih tersembunyi daripada pandangan umum sekali gus dapat mengelakkan timbul rasa riak yang akan membatalkan kebaikan amalan itu.





Hal itu juga adalah untuk menimbulkan cahaya rahmat Allah ke atas ahli keluarga di dalam rumah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:



“Apabila salah seorang


di antara kalian sentiasa mengerjakan


solat fardu di masjid,


hendaklah ia memberikan bahagian


di rumahnya dari solatnya,


supaya Allah melimpahkan


pula kebaikan atas rumah itu.”


(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).





Demikian juga Rasulullah s.a.w berpesan,



“Jadikanlah sebahagian solat kamu


dapat dikerjakan di rumah dan jangan kamu


menjadikannya seakan kubur


sebagai tempat tidur belaka.’


(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).





Justeru, melalui dua hadis itu, jelas amalan solat sunat begitu ditekankan Rasulullah s.a.w. Dalam kesibukan macam mana sekalipun, berusahalah melakukan sunnah Baginda itu.





Pentingnya solat sunat sehingga Rasulullah s.a.w ada meninggalkan wasiatnya;



“Jangan engkau tinggalkan


kedua-dua rakaat sunat subuh itu,


meskipun engkau dikejar oleh tentera berkuda.’


(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi).





Namun, melihatkan keadaan dunia sekarang seakan manusia tidak pernah cukup waktu untuk mendirikan solat sunat yang hanya sekitar tiga hingga lima minit sahaja! Mengapakah perkara itu terjadi?





Ini kerana jiwa terlalu terpaut dengan tuntutan duniawi sehingga ukhrawi tidak
dimantapkan. Satu lagi peringatan Rasulullah terhadap solat sunat khususnya solat sunat subuh.





Aisyah pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;




‘Kedua-dua rakaat sunat subuh itu


lebih baik daripada dunia dan seisinya.”


(Hadis direkodkan oleh Ahmad, Muslim, at-Tirmidzi dan An-Nasai).




Maksud pesanan Nabi s.a.w lebih baik daripada dunia dan segala isinya itu ialah keberkatan dan ganjaran pahalanya buat pengamal solat sunat subuh itu.




Inilah keajaiban solat sunat dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya. Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.




Imam Ahmad dan Muslim ada meriwayatkan daripada Aisyah yang mengatakan,



‘Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w begitu rajin dan cepatnya mengerjakan sesuatu kebaikan, sebagaimana rajin dan cepatnya Baginda melakukan dua
rakaat sunat sebelum subuh.’




Marilah sama-sama kita berikhtiar mengajak diri kita, anak-anak dan saudara agar mencintai solat sunat.




Sumber






Teruskan membaca..

Khasiat misai kucing dan kemunting cina.



Berjimat rawat penyakit kanser









KANGAR - Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).



Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.



"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.



Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.



Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.



Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.



Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.



Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.




Sumber






Teruskan membaca..

Larian maraton rosakkan jantung



Larian maraton rosakkan jantung




VENTRIKEL kanan jantung
boleh mengalami kerosakan disebabkan aktiviti ekstrem.





SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.



Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.



Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.



Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.



Sumber






Teruskan membaca..

Ibu 19 anak keguguran



Ibu 19 anak keguguran





MICHELLE Duggar (kiri) bersama suami
(kanan belakang) dan sebahagian daripada 19 anak mereka.





NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu yang memiliki 19 orang anak di negeri Arkansas, Michelle Duggar kelmarin menyatakan dia keguguran anak ke-20.



Keluarga besar itu popular selepas menyertai beberapa program realiti di AS.



"Kami mendapati anak kami yang ke-20 meninggal dunia semasa menjalani pemeriksaan kehamilan pada minggu ke-19 baru-baru ini," kata Michelle dan suaminya, Jim Bob di laman web mereka.



Baru sebulan lalu pasangan itu mengumumkan kepada dunia bahawa mereka tidak sabar menantikan kelahiran anggota baharu dalam keluarga mereka.



Keluarga berkenaan tinggal di bandar Little Rock selatan AS. Selain menyertai program realiti terbitan stesen televisyen TLC, 19 kids and counting pasangan itu menjual buku dan cakera video digital mengenai pengalaman mereka memiliki ramai anak.



Pasangan suami isteri itu dikurniakan 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan. - AFP



Sumber








Teruskan membaca..

Mercedes-Benz SLR McLaren berhias emas dan delima



Mercedes berhias emas, delima untuk dijual




SEORANG model bergaya dalam kereta
Red Gold Dream SLR yang dihiasi emas dan batu delima.






GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.



Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.



Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut.



Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik.



Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu.



Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi



Sumber






Teruskan membaca..

Si miskin, kaya tak terkecuali ujian Allah


Si miskin, kaya

tak terkecuali ujian Allah




FIRMAN Allah SWT:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,


padahal ia sangat baik bagimu,


dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,


padahal ia sangat buruk bagimu;


Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”


(Al-Baqarah, 216)



Sesungguhnya, menjadi tabiat manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada pada diri sendiri dan berasakan dalam hidup sentiasa mempunyai kekurangan.




Malah, apabila ditimpa kegagalan atau mendapat musibah, secara tidak sedar, hati kita cepat mengeluh mengenai perkara yang menimpa kerana berasakan kita antara insan paling malang di dunia.



Namun ketahuilah, sesungguhnya setiap perkara yang menimpa kita sebenarnya adalah takdir yang ditentukan Allah SWT berdasarkan kemampuan seseorang.




Walaupun sesetengah manusia diberikan Allah SWT pelbagai nikmat dunia, sebagai manusia yang beriman kepada Allah, kita perlu sedar bahawa kesenangan itu bukan juga bermakna Allah SWT tidak menguji seseorang itu.




Dalam kehidupan manusia, Allah SWT menguji hamba-Nya menerusi dua cara berbeza iaitu pertama menerusi keburukan, kesusahan atau musibah, dan cara kedua pula menerusi kebaikan atau kesenangan hidup di dunia.

Namun, menjadi lumrah hidup manusia, apabila kita melihat orang lain senang, kita beranggapan nasib kita sungguh malang.




Antara contoh paling mudah, kita melihat paras rupa sebagai ukuran, terutama apabila melihat diri tidak secantik orang lain serta menganggapnya sebagai kelemahan yang ada pada diri dan mengeluh mengenainya.



Malah, apabila kita melihat hidup orang lain penuh kemewahan dengan pangkat atau pelbagai harta dunia, kita sering tertanya-tanya mengapa pula kita tidak dilahirkan dalam kehidupan mewah serta berjaya atau paling tidak, menjadi semewah mereka.




Perlu kita sedar, antara cara Allah menguji hamba- Nya adalah dengan nikmat di dunia. Ini kerana, dengan nikmat yang kita dapat di dunia, tidak mustahil kita terjerumus ke dalam pelbagai perkara tidak baik.




Antara buktinya, dengan rupa paras elok, kita mungkin mudah terjerumus dengan maksiat atau zina, dan dengan pangkat serta harta kekayaan pula kita mungkin bersifat bongkak selain boros berbelanja.




Peringatan Allah mengenai perihal manusia yang diberikan nikmat Allah ada dinyatakan dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud: “Dan ingatlah, tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab- Ku amatlah keras.” Jelas bahawa Allah sangat tidak menyukai hamba-Nya yang dilimpahkan dengan kenikmatan namun tidak bersyukur, sebaliknya menyalahgunakan nikmat berkenaan, apatah lagi dengan kenikmatan itu, mereka dengan sewenang-wenangnya membuat bencana, kemungkaran dan maksiat.




Lantaran itu ingat, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa diberikan Allah kepada hamba-Nya.




Namun, bersyukur itu tidak bermakna kita membiarkan diri terus melarat dalam kepompong kedaifan, sebaliknya kita usaha supaya paling tidak sekalipun, kita mampu menyediakan keperluan mencukupi untuk isteri dan anak.






Jangan pula kerana terlalu ingin menunjukkan kita reda dengan ketentuan Allah, kita biarkan hidup melarat hinggakan untuk menyediakan keperluan makanan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.




Sesungguhnya, itu pula adalah sikap pemalas yang tidak disukai Allah, sedangkan mempunyai kudrat mencukupi untuk mengubah nasibnya.




Oleh itu, kita nilai keadaan diri di mana tahap kita berada. Tidak salah mempunyai kekayaan dan pangkat asalkan tahu bersyukur dan melaksanakan kewajipan yang dinyatakan secara jelas di dalam Islam.





Sumber






Teruskan membaca..

Perkhidmatan Ketua Pengarah Pelajaran disambung untuk tempoh setahun


Tempoh khidmat KP Pelajaran disambung setahun




PUTRAJAYA 9 Dis. – Perkhidmatan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud akan disambung untuk tempoh setahun berkuat kuasa semalam sehingga 7 Disember 2012.



Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan Abdul Ghafar disambung disebabkan keperluan perkhidmatan.



Beliau sepatutnya bersara wajib pada 7 Disember lepas. – Bernama



Sumber










Teruskan membaca..

Bapa 2 anak pelajar terbaik




Bapa 2 anak pelajar terbaik





“PENGORBANAN selama dua tahun setengah akhirnya berbaloi walaupun terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, rumah tangga dan pelajaran,” kata penerima anugerah pelajar terbaik dan anugerah presiden Institut Pengangkutan dan Logistik Bertauliah (CILT) Malaysia, Abdul Rahizan Abdul Jalil.




Bapa kepada dua anak berasal dari Pekan Pahang itu berkata, mencari kepuasan dalam diri serta mahu memberi cabaran kepada anaknya membuatkan dia tekad menyambung pelajaran meskipun mencecah usia 46 tahun.




“Pada awalnya memang susah kerana perlu membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya apatah lagi waktu pembelajaran pada Sabtu dan Ahad.





“Ada masa anak dan isteri merungut kerana tiada masa bersama namun akhirnya mereka faham dan menjadi pendorong utama selain keluarga dan mentua.


“Dengan ilmu dan kemahiran ini, saya nekad memberi perkhidmatan terbaik kepada syarikat disamping berkongsi dengan masyarakat,” katanya pada majlis konvokesyen CILT di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Mall di sini, baru-baru ini.






Majlis itu disempurnakan Presiden CILT, profesor Alan Waller.





Dia tidak menyangka menerima dua anugerah itu kerana persaingan antara pelajar yang belum berkahwin sememangnya sengit apatah lagi mereka muda.





“Saya harap anugerah ini menjadi inspirasi kepada dua anak yang masih belajar supaya lebih rajin dan mencabar diri mereka bergelar insan lebih cemerlang,” katanya yang menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).




CILT adalah badan profesional antarabangsa yang terbabit dalam sektor industri pengangkutan sejak 1919. Ia diwujudkan untuk mempromosikan maklumat mengenai sains dan seni dalam industri pengangkutan.



Sumber





Teruskan membaca..

Warga emas dapat diploma



Warga emas dapat diploma


Zainal Ahmad (tiga kanan) bersama isterinya Hamidah Mohd. Salleh meraikan
kejayaan mereka sambil diperhatikan rakan-rakan lain selepas menerima
sijil masing-masing di Palm Garden Hotel,
Putrajaya, semalam.






PUTRAJAYA 10 Dis. - Biarpun bergerak dengan menggunakan bantuan kerusi roda ketika usia sudah pun menjangkau 70 tahun, semangat menuntut ilmu tidak pernah luntur dalam jiwa seorang warga emas, Hamidah Mohd. Salleh.



Hamidah merupakan salah seorang peserta program Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Warga Emas (U3A) Kuala Lumpur dan Selangor, mengikuti kursus bahasa dan muzik dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).



Beliau berkata, program yang diikuti bersama-sama suaminya, Zainal Ahmad, 75, itu memberinya peluang mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.



"Saya gemar belajar dan tidak boleh duduk diam sahaja di rumah biarpun lumpuh separuh badan sejak 1993. Setiap ilmu yang diperoleh tidak boleh dilepaskan kerana ia memberi banyak faedah," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hari Terbuka Program U3A di Palm Garden Hotel di sini hari ini.



Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Sigh dan Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid.



Seramai 196 peserta menerima sijil masing-masing pada majlis dianjurkan oleh Institut Gerontologi, UPM itu.



Sementara itu, Zainal berkata, penyertaan dalam program tersebut memberinya peluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang agama Islam, bahasa Arab dan seni muzik.



"Berkongsi minat yang sama dengan isteri, menyebabkan kami tidak jemu untuk datang mempelajari kursus yang ditawarkan U3A.



"Masa yang ada tidak boleh dibiarkan begitu sahaja di rumah," kata bekas kakitangan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) itu yang sering menemani isterinya.



Dalam perkembangan lain, Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid berkata, pihak pengurusan tertinggi universiti akan sentiasa memberi sokongan kepada program tersebut.




Sumber







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...