Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, December 12, 2011

Lukisan ceriakan pesakit


Lukisan ceriakan pesakit




JIKA ketawa adalah ubat paling mujarab meredakan kesakitan, apa pula yang perlu dilakukan bagi mempercepatkan pemulihan jika tidak dengan buah-buahan dan lukisan. Ini kerana buah-buahan mampu menjadi dos tambahan kepada penyembuhan manakala lukisan adalah rawatan jiwa yang boleh menenangkan serta memberi rasa gembira kepada sesiapa saja.



Menyedari pentingnya nilai komunikasi dengan kanak-kanak ini memberi inspirasi kepada MBG Fruitshop mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menghadiahkan 20 lukisan bersama bakul buah-buahan kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik hospital itu bersempena Hari Kanak-Kanak Malaysia.



Lukisan yang disumbangkan ini akan digantung pada dinding hospital dan bilik mainan bagi menceriakan persekitaran dan mempercepatkan proses pemulihan penyakit kanak-kanak.




Menurut Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee sumbangan kepada wad kanak-kanak PPUKM adalah sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial korporat MBG setiap tahun.


“Kesihatan adalah kekayaan dan untuk menggalakkan kehidupan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia, kami berbesar hati membantu kanak-kanak dengan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan kesihatan fizikal dan mental mereka.


“Baru-baru ini juga, kami menganjurkan peraduan di laman sosial facebook dengan meminta mereka menghantar gambar paling ceria dan gembira ketika menikmati buah-buahan untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan dan menjaga kesihatan keluarga terutama kanak-kanak,” katanya.




Tambahnya lagi, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama kanak-kanak dan berkomunikasi dengan mereka. Ini boleh dilakukan dengan menyemai nilai murni dan meluangkan masa dengan mendekatkan diri dengan mereka setiap hari.




“Kanak-kanak menjadi inspirasi untuk membentuk keluarga yang sihat. Peranan dan sumbangan mereka kepada negara bermula daripada didikan ibu bapa,” kata Adnan.




Daripada pertandingan itu 80 peratus pemenang adalah kanak-kanak. Ini kerana mereka menggunakan apa saja yang dipelajari serta pengalaman dalam kehidupan sebagai sudut utama gambar. Setiap peserta memperlihatkan keseronokan, tenaga, semangat berpasukan, setia kawan serta keceriaan yang diterjemahkan dalam pertandingan itu, sekali gus menggalakkan semangat interaksi keluarga dan menyemai nilai murni.




Pemenang utama, Tan Ann Ann, 13, memperlihatkan hubungan akrab antara ibu dan anak. Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, sebagai guru tuisyen, dia membantu anaknya dengan mengumpulkan semua pelajar di bawah bimbingannya bagi membolehkan anaknya merakamkan gambar dalam keadaan seronok dan ceria.




“Peraduan ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih rapat dengan anak. Saya dan Ann menghabiskan banyak masa bersama. Ketawa dan bergembira sepanjang proses menyiapkan penggambaran ini. Hadiah paling berharga ialah apabila saya menjadi kawan karib kepada anak saya,” katanya.




Tambahnya lagi, semua ibu bapa harus melayan anak-anak sebagai rakan karib sekali gus merapatkan jurang yang semakin terhakis di antara ibu dan anak pada masa sekarang.




“Ibu bapa harus menjadi rakan baik anak. Jika ini berlaku, kita dapat memupuk nilai kekeluargaan lebih sihat dan menjauhkan gejala sosial remaja,” katanya.



Pemenang utama menerima wang tunai bernilai RM1,000 bersama sebakul buah-buahan daripada MBG, set rawatan rambut daripada 101 Hair Care dan sijil penyertaan. Sebanyak RM10,000 diberikan kepada semua pemenang. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.mbg.com.my.



Sumber







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...