1) Doa agar dikurniakan kefahaman
yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ
ارْزُقْنَا
فَهْمَ
النَّبِيِّينَ
وَحِفْظَ
المُرْسَلِينَ
وإلْهَامَ
المَلاَئِكَةِ
المُقَرَّبِينَ
فِي
عَافِيَةٍ
يَا
أَرْحَمَ
الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami
kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat
yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha
Pengasih”.
2) Doa selepas mengulangkaji
pelajaran :
اَللَّهُمَّ
إِنِّي
أَسْتَوْدِعُكَ
مَا
قَرَأْتُ
وَمَا
فَهِمْتُ
وَمَا
حَفِظْتُ
فَرُدَّهُ
إِلَيَّ
عِنْدَ
حَاجَتِيْ
إِلَيْهِ،
إِنَّكَ
عَلىَ
كُلِّ
شَيْءٍ
قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip
apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku
ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
sesuatu”.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan
peperiksaan :
وَهَيِّئْ
لَنَا
مِنْ
أَمْرِنَا
رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan
urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
4) Doa apabila terlupa ketika
menjawab soalan :
سُبْحَانَ
مَن
لاَّ
يَنَامُ
وَلاَ
يَسْهُو.
اللَّهُمَّ
ذَكِّرْنِي
مَا
نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah
tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang
kulupa”.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ
إني
أسْألُكَ
الفَوْزَ
عِنْدَ
القَضَاءِ
وَمَنَازِلَ
الشُهَدآءِ
وَعَيْشَ
السُّعَدآءِ
وَالنَّصْرُ
عَلَى
الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu
kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka
yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.
6) Doa ketika menerima kertas soalan
:
قَالَ رَبِّ
اشْرَحْ
لِي
صَدْرِي.
وَيَسِّرْ
لِي
أَمْرِي.
وَاحْلُلْ
عُقْدَةً
مِنْ
لِسَانِي.
يَفْقَهُوا
قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku
dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada
lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
7) Doa ketika sukar untuk menjawab
soalan :
ياَ حَيُّ
يَا
قَيُّوْمُ،
بِرَحْمَتِكَ
أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
No comments:
Post a Comment