Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, February 7, 2014

Guru diminta beri masa Kementerian Pendidikan tambah baik PBS

http://lh3.ggpht.com/_60aiEFbjBwA/Szxsft6E88I/AAAAAAAABQA/TcfgrneNmRg/BLOGPRA5_thumb%5B1%5D.jpg%3Fimgmax%3D800

 

Guru diminta beri masa

 Kementerian Pendidikan 

tambah baik PBS

 

 

 

SHAH ALAM: Guru yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diminta memberi masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melakukan penambaikan terhadap sistem itu yang dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini. 
 
 
 
 
 


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya memahami bebanan yang ditanggung oleh guru ketika menggunakan PBS dan justeru cuba memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
"Kita tahu beban yang tinggi... sistem dikatakan jammed (tergendala) kita betulkan dan upgrade (menambah baik) serta kita laksanakan sistem di mana data yang kita masukkan tidak akan hilang. 
 
 
 
 
 
 


"Kita minta guru bersabar... kalau ada tidak faham beritahu kita dan kita duduk semeja serta selesaikan masalah sebab inilah kehendak rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd di sini, hari ini. 
 
 
 
 


Idris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketidakpuasan hati banyak pihak terutama guru yang tidak bersetuju terhadap pelaksanaan PBS. 
 
 
 
 
 


Sistem itu yang juga transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. 
 
 
 
 


Idris berkata, pelaksanaan PBS dibuat selepas kementerian mendapat pandangan daripada 55,000 individu termasuk tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan. 
 
 
 
 

Ditanya khabar angin sekumpulan guru bercadang mengadakan bantahan di Putrajaya berhubung isu PBS, beliau berkata, perkara itu tidak wajar dilakukan kerana masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik. 
 
 
 
 


"Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kita kerana ini sistem yang dikehendaki selepas dulu cakap kita terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada tidak kena beritahu kita akan baiki. 
 
 
 
 


"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran malah dengan saya pun boleh. Kita harap jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya. - BERNAMA 
 
 
 
 
 
 
Sumber







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...