PERINCIAN
TUGASAN KURSUS BMK 3043
PENILAIAN
KURSUS (PPGPJJ)
BMK 3043 SENI MENGARANG
PPG PJJ
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
TUGASAN
KERJA KURSUS
TUGASAN 1
(Individu - 25%)
Anda dikehendaki
mengulas sebuah
novel remaja atau
dua buah cerpen remaja
berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia.
Anda
digalakkan untuk memilih novel atau cerpen
yang dihasilkan oleh sasterawan atau
oleh
penulis yang berwibawa.
Perhatian:
Semua ulasan
mestilah mengandungi
perkara berikut:
i.Pengenalan.
ii.Sinopsis novel atau
cerpen remaja yang dipilih. (nyatakan penulis, tahun, terbitan dan jumlah muka
surat)
iii. Apakah kebaikan novel
atau cerpen tersebut kepada remaja masa kini. Sebagai contoh, unsur-unsur
pengajaran yang terdapat dalam novel atau cerpen yang dipilih.
iv.
Apakah kekurangan novel
atau cerpen tersebut dari segi isi, gaya bahasa atau lain-lain aspek
kepengarangan yang digunakan.
v.
Apakah cadangan anda
untuk
penambahbaikannya.
vi.Ulasan yang dibuat
mestilah
memasukkan sekurang-kurangnya
lima
(5) bahan rujukan
vii. Kesimpulan.
Tugasan 1
mestilah dihantar melalui tapak
yang disediakan dalam MyGuru3.
Anda disyaratkan
menulis ulasan
tidak kurang daripada 10 halaman
mengandungi perkara-perkara
yang
telah dinyatakan.
Langkau jarak 1.5,
saiz font 12
dengan menggunakan
Times New Roman.
Sila pastikan Tugasan
1 sampai
kepada pensyarah e-learning
pada atau
sebelum 28/4/2014 (minggu
ke-10).
Markah ‘0’ akan diberikan jika tugasan
tersebut sampai lewat
daripada tarikh
yang telah ditetapkan. Markah ‘0’ juga
akan diberikan sekiranya
didapati
berlaku plagiat.
Tugasan 2
(Individu-25%)
Penggunaan bahasa Melayu dengan betul
perlulah dipertingkatkan.
Berdasarkan 10
contoh yang sesuai tunjukkan kesalahan
penggunaan bahasa Melayu
dalam iklan
dan papan tanda di premis perniagaan.
Kajian hendaklah dilakukan di
kawasan
bandar/pekan yang berhampiran dengan
tempat tinggal anda.
Berdasarkan tajuk di atas tulis
sebuah esei tidak kurang daripada
15 halaman.
Langkau jarak 1.5, fon 12
menggunakan
Times New Roman . Esei
tersebut
mestilah mengandungi perkara berikut;
i. Pengenalan
ii. Lokasi kajian
iii. Analisis kajian
iv.Perbincangan dan kesimpulan
v.Cadangan dan Implikasi kajian
vi.
Cadangan kajian selanjutnya
vii.
Rujukan
kepada pensyarah e-learning pada atau
sebelum 28 April 2014 (minggu ke-10) .
Markah
‘0’ akan diberikan jika
tugasan tersebut sampai lewat daripada
tarikh yang
telah ditetapkan.
Markah ‘0’ juga akan diberikan
sekiranya didapati berlaku
plagiat.
FORUM
( 10%)
Sepanjang
kursus ini,
pelajar dimestikan terlibat dengan
5 kali forum. Dalam setiap
forum,
pelajar perlu berinteraksi sekurang-kurangnya
dua kali. Markah forum
sebanyak 10% akan dipertimbangkan oleh pensyarah e-learning
bergantung kepada kemantapan isi dan
huraian forum
pelajar.
Sila patuhi tarikh
tutup bagi setiap forum iaitu pada
5 Mei 2014 (Minggu ke-11).
Selepas
tarikh tutup, pelajar tidak boleh
lagi berinteraksi dalam forum berkenaan.
PEPERIKSAAN ( 40%)
Soalan Objektif
(40 soalan)
TUGASAN
E-FORUM
(10
markah)
Soalan:-
Jawab Semua Soalan
Soalan
1:
Berdasarkan
pemerhatian anda, bincangkan sikap generasi muda terhadap penggunaan bahasa
Melayu dalam komunikasi atau
penulisan masa kini. Sila sertakan contoh untuk
menguatkan hujahan anda.
(2 markah)
Soalan
2:
Kemukakan hujahan anda bagaimana memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu
dalam sektor korporat/swasta
(2
markah)
Soalan
3:
Bincangkan masalah pengajaran karangan dan
nyatakan langkah untuk mengatasinya.
(2
Markah)
Soalan
4:
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan
untuk mengungkapkan ilmu dan
memiliki
ciri-ciri yang tersendiri.
Nyatakan.
(2 Markah)
Soalan
5:
Apakah yang dimaksudkan dengan
kesantunan bahasa?
Bincangkan kepentingan
penggunaannya
dalam surat kiriman rasmi.
(2 Markah)
Perhatian:
Sila
respon semua soalan dan anda
bolehlah berinteraksi bersama rakan dalam
setiap soalan
forum sekurang-kurangnya
sekali bagi setiap soalan.
No comments:
Post a Comment