Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, January 24, 2014

Tulisan Jawi tiada implikasi keagamaan

anor miau 6 Komik yang Sangat Kelakar Ditulis dalam Tulisan Jawi
anor miau 2 Komik yang Sangat Kelakar Ditulis dalam Tulisan Jawi


Tulisan Jawi tiada implikasi keagamaan

Permintaan untuk menanggalkan papan tanda bertulisan Jawi pada nama sebuah sekolah mubaligh oleh seorang rahib wanita baru-baru ini adalah tidak berasas. 
 
 
 
 
 


Penggunaan tulisan Jawi untuk sekolah berkenaan sudah wujud sejak 10 tahun lalu dan tidak pun menimbulkan sebarang masalah.
Sebenarnya penggunaan tulisan Jawi pada apa-apa sekali pun, sama ada sebagai nama pada papan tanda atau penjelasan kepada sesuatu, tidak sekali-kali mempunyai kepentingan keagamaan, khususnya Islam. 
 
 
 
 
 
 


Tulisan Jawi seperti mana-mana sistem tulisan lain, baik yang bersifat aksara, seperti skrip Rumi, termasuk Jawi dan sebagainya, ataupun yang bersifat suku kata, seperti skrip Cina, Jepun dan lain-lain, adalah semata-mata untuk tujuan literasi iaitu kebolehan membaca dan menulis dalam sistem berkenaan. Dengan kata lain, ia membantu dan mempermudah dua kebolehan ini dalam bahasa berkenaan. 
 
 
 
 
 



Lambang bunyi
 
 
 
 
 
Secara ilmiah, setiap aksara atau lambang mewakili bunyi bahasa atau suku kata tertentu dalam sesuatu bahasa itu. Oleh itu, apa-apa jua sistem tulisan, sama ada Rumi atau Jawi dalam bahasa Melayu misalnya, mempunyai tujuan yang sama, iaitu menghubungkan aksara yang digunakan, misalnya huruf A dalam Rumi atau Alif dalam Jawi, dengan bunyi bahasa ‘a’ dalam bahasa Melayu. 
 
 
 
 
 
 

Oleh itu, ungkapan Sekolah Menengah Convent dalam bahasa Melayu, sama ada ditulis dalam Rumi ataupun Jawi, mempunyai satu pengertian saja. Dengan ini, tidak mungkin sama sekali, tulisan Jawi untuk nama sekolah itu membawa makna lain. Ia tetap bermakna sekolah untuk pelajar remaja perempuan saja yang pada asalnya dikendalikan sepenuhnya oleh rahib wanita. 
 
 
 
 


Natijahnya di sini ialah Rumi dan Jawi – dua sistem tulisan dalam bahasa Melayu – mempunyai satu matlamat struktural yang sama sahaja. Sehubungan ini, kedua-duanya adalah pengantar persuratan bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara ini. 
 
 
 
 


Namun demikian, penilaian yang tidak sama diberikan kepada dua sistem tulisan ini dari perspektif fungsional oleh masyarakat Malaysia, khususnya kaum bukan Melayu. 
 
 
 
 
 


Tulisan Jawi menggunakan aksara bahasa Arab sebagai penunjangnya. Bahasa Arab pula adalah bahasa yang digunakan untuk menulis al-Quran dan al-Quran pula harus dibaca dalam bahasa Arab saja. 
 
 
 
 
 


Oleh itu, tulisan Jawi dikaitkan dengan Islam. Perkaitan ini juga merangkumi mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam yang dikendalikan dalam tulisan Jawi. 
 
 





Bahasa Arab klasik
 
 
 
 
 
Memang benar bahasa Arab digunakan untuk menulis al-Quran. Tetapi, bahasa Arab yang digunakan itu adalah bahasa Arab klasik. Ia tidak sama dengan bahasa Arab moden pada masa kini. Dengan kata lain, skrip Arab yang digunakan kini, baik oleh bahasa Melayu dan lain-lain, antaranya Parsi, Turki dan Urdu, adalah tidak sama dengan yang digunakan untuk menulis al-Quran. 
 
 
 
 
 


Dalam hal ini, kaum bukan Melayu perlu menyedari hakikat dan tujuan sistem tulisan pada sesuatu bahasa itu. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk menghubungkan skrip itu, sama ada Rumi atau Jawi misalnya, dengan aksara yang digunakan, dengan bunyi bahasa tertentu dalam bahasa Melayu. Inilah hakikat dan tujuannya dan memang tidak ada sebarang kolerasi dengan apa-apa sekali pun, khususnya dengan Islam dari segi tujuan dakwahnya. 
 
 
 
 
 
 


Jika tulisan Jawi dikaitkan dengan Islam, tulisan Rumi juga boleh dikaitkan dengan Kristian. Seperti Islam, Kristian juga tersebar ke merata tempat. 
 
 
 
 


Sehubungan ini, tidak dapat dinafikan banyak masyarakat di dunia memperoleh sistem tulisan Rumi melalui mubaligh dan pengembang agama Kristian. 
 
 
 
 


Pada peringkat awal, korelasi antara Rumi dengan Kristian cuba diwujudkan oleh pihak tertentu sehingga ia dijadikan alasan untuk menolak tulisan Rumi. Namun lama-kelamaan, bukan sahaja korelasi begini tidak wujud, ia menjadi ketakutan yang tidak berasas. 
 
 
 
 


Jadi korelasi Jawi-Islam ini bukan sahaja tidak berasas. Ia jauh ketinggalan zaman. Persepsi sebegini mungkin boleh diterima sewaktu negara ini belum merdeka lagi. 
 
 
 


Tetapi kini setelah 57 tahun kita merdeka, pemikiran begini bukan saja tidak rasional, malah ia ikut memperlihat betapa alpa dan jahilnya sesetengah daripada kita. 
 
 
 


Penulis Profesor Linguistik 
di Universiti Kebangsaan Malaysia
 
 
 
 
 
Sumber 
 
 
 
 
 
 DSC02397.JPG 
 
 DSC02396.JPG
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...