Skim kawalan harga bermula Sabtu ini
PUTRAJAYA 22 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan 13 barang kawalan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina berkuatkuasa dari 26 Januari hingga 9 Februari.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, barang kawalan tersebut meliputi ayam, telur ayam, kubis bulat, ikan bawal putih dan udang putih besar.
"Tempoh kuat kuasa adalah selama 15 hari berbanding dengan amalan biasa selama 12 hari sebelum ini.
"Pelaksanaan skim dimulakan lebih awal sebagai langkah tambahan oleh kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barang keperluan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment