Melaksana tugas berpaksi
konsep halal pacu produktiviti
Oleh :
Bekerja dalam Islam bukan sekadar untuk mendapat gaji pada akhir
bulan atau memenuhi tuntutan hidup yang kian mencabar. Bekerja mencari
nafkah yang halal adalah sebahagian daripada ibadah yang besar maknanya
di sisi Allah SWT.
Sebab itulah dalam konteks Islam, kualiti kerja tidak diukur cuma dari sudut pertimbangan neraca manusiawi atau ‘utilitarian’ semata-mata. Lebih jauh daripada itu, kecemerlangan tertakluk kepada syarat dan ukuran keredaan Allah SWT.
Bagi orang Islam kualiti, kejayaan dan kecemerlangan sebenar ialah
apabila pekerjaannya diredai dan diberkati Allah SWT. Untuk itu amal dan
kerjanya haruslah memenuhi kod etika keagamaan, selain daripada
memenuhi etika kerja yang digariskan oleh majikan.
Apa yang pasti, kualiti amat berkait rapat dengan aspek kecemerlangan yang tidak hanya ditentukan oleh teknik pengurusan. Sebaliknya, kualiti dan produktiviti amat bergantung kepada faktor kemanusiaan iaitu sikap manusia terhadap pekerjaannya. Seterusnya, pembentukan sikap manusia pula amat terkait dengan tabii manusiawi yang punya akal dan perasaan.
Akal dan perasaan manusiawi ini pastinya memerlukan motivasi dan dorongan secukupnya untuk manusia melaksanakan pekerjaannya dengan rela tanpa perlu dikerah atau dipaksa-paksa. Yang pasti, untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja, manusia tidak boleh lagi dipacu seperti kuda atau diperlakukan sewenangnya bagaikan robot bernyawa. Sistem bekerja seperti ‘pahat dan penukul’ tidak lagi relevan, malah tidak akan mampu memberi natijah yang maksimum.
Kerja dengan rela
Sebaliknya, kualiti dan kecemerlangan hanya akan tercapai jika seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dalam pekerjaan dengan rela, dedikasi dan penuh bermotivasi. Orang Islam sejati terdorong untuk bekerja kuat, bukan kerana tekanan daripada majikannya. Bukan juga berasaskan dorongan material mahupun ganjaran yang mempesonakan semata-mata tetapi yang lebih utama kerana digerak oleh motivasi dari dalam dirinya sendiri yang berupa rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah.
Menyedari posisinya sebagai hamba dan khalifah (wakil) Allah di muka bumi akan mendorong manusia untuk menghayati dan memanfaatkan nilai positif agama dan budaya anutannya. Dalam konteks ini, budaya kerja dalam Islam bertitik tolak daripada hakikat makna kehidupan itu sendiri yang merupakan suatu persaingan kecemerlangan amal dan kualiti kerja.
Dalam al-Quran disebutkan dengan jelas yang bermaksud:
“(Allah) yang
telah
menjadikan kematian dan
kehidupan bagi menentukan
siapa di antara
kamu
yang terbaik amalannya.”
(Al-Mulk:2).
Memang hidup ini harus diisi
dengan amal soleh (kerja yang baik) sebagai pembuktian dan manifestasi
keimanan utuh kepada Allah. Bahkan dalam al-Quran ada lebih 70 ayat yang
menggandingkan iman dengan amal soleh.
Kerja satu jihad
Oleh kerana itu jugalah manusia yang berfikiran waras akan sentiasa didorong untuk berlumba-lumba bagi memaksimumkan keupayaan demi memburu kebajikan dan kecemerlangan agar hidup dan matinya berkualiti. Kerja yang dilaksanakan dengan semangat sedemikian pastilah dapat menatijahkan produktiviti yang maksimum.
Islam melihat pekerjaan sebagai suatu yang cukup bernilai. Malah Islam menganggap bekerja untuk memperoleh pendapatan yang halal adalah satu jihad (maksud hadis). Diriwayatkan bahawa Saidina Umar Al-Khattab berkata: “Keadaan yang paling aku sukai bila ajal menjemputku ialah apabila aku sedang berjihad di jalan Allah. Kemudian keadaan di mana aku sedang mencari rezeki kurniaan Allah. Kemudian beliau lantas membaca ayat daripada firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan
sebahagian manusia
berjalan di muka bumi
mencari sebahagian
daripada (rezeki)
anugerah
Allah.
Sebahagian yang lain pula
berperang di jalan Allah.”
(Al-Muzammil:20)
Budaya kerja yang disemangati oleh nilai Islam juga diharapkan dapat menghindari perilaku songsang dan gejala tidak bermoral dalam pekerjaan.
Justeru, dalam upaya untuk mencipta budaya kerja yang lebih berkualiti dan cemerlang, kita perlu memanfaatkan nilai positif dan dinamik yang mengakar pada budaya dan agama Islam sejati. Hanya dengan menterjemahkan pandangan hidup Islam yang syumul saja mampu mengangkat martabat dan meningkatkan produktiviti pekerja demi kecemerlangan negara masa depan.
Penulis ialah
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia
(YADIM)
just kidding :)..
just kidding :)..
just kidding :)..
just kidding :)..
just kidding :)..
lawak la pulak :)..
just kidding :)..
No comments:
Post a Comment