Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, December 16, 2013

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Dr. Khir dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baru
Muhyiddin Yassin menyaksikan Abd Ghafar Mahmud menyerahkan nota serah tugas kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang baru kepada Datuk Dr Khair Mohamad Yusof (dua, kanan). Turut sama ialah Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (tiga, kanan).




Muhyiddin Yassin menyaksikan Abd Ghafar Mahmud menyerahkan nota serah tugas kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang baru kepada Datuk Dr Khair Mohamad Yusof (dua, kanan). Turut sama ialah Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (tiga, kanan).
 
 
 
 

PUTRAJAYA – Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Disember lepas.  Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).






Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar semalam.






Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.






“Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.





“Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi,” katanya pada majlis tersebut.
Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 November 2010.





Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.





“Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.




“Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan,” katanya.





Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).




Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...