Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, November 6, 2013

Wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan

Wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan

IDRIS Jusoh meluangkan meninjau keadaan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Puteri Wilayah, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


 
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian 
Pendidikan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara.



Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang mendapat tumpuan.



Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik. 



"Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah negara.



"Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di sini, hari ini. 




Pada 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan SPM mulai 2013.  UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...