Penurunan prestasi BI, Sains dan
Matematik UPSR tidak signifikan
PUTRAJAYA: Penurunan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI),
Sains dan Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
tahun ini tidak signifikan, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd
Ghafar Mahmud.
Sambil menyifatkan peningkatan dan penurunan prestasi adalah perkara biasa, beliau berkata penurunan yang kurang daripada 0.5 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) adalah minimum.
"Kita berharap dengan pelbagai inisiatif yang bakal dijalankan,
keputusan untuk mata-mata pelajaran itu akan bertambah baik pada
tahun-tahun akan datang," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan
analisis keputusan UPSR 2013 di sini, hari ini.
Dalam UPSR tahun ini, prestasi keseluruhan mata pelajaran BI di Sekolah Kebangsaan (SK) menurun sebanyak 0.06 mata GPMP berbanding tahun lalu.
Abd Ghafar berkata, Kementerian Pendidikan akan memberi perhatian dan meneruskan pelbagai program untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah.
Antara program itu termasuk guru Bahasa Inggeris perlu menduduki peperiksaan Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan mereka yang mendapat markah tertentu dikehendaki menghadiri kursus untuk mencapai tahap penguasaan dan kefasihan, katanya.
"Kita akan memastikan pelajar kita fasih dalam dua bahasa iaitu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, adalah penting dan selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI),” katanya.
Abd Ghafar berkata, kementerian juga akan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan pelajar sekolah rendah.
"Kita perlukan lebih ramai pelajar dalam bidang Sains dan Matematik.Sehubungan itu, dua mata pelajaran itu perlu kuat di peringkat sekolah rendah lagi," katanya.
Keputusan UPSR tahun ini bagi mata pelajaran Matematik menurun sebanyak 0.03 mata GPMP manakala Sains juga menurun sebanyak 0.02 mata GPMP berbanding tahun lalu.
Apabila ditanya faktor yang menyebabkan keputusan Bahasa Cina menurun, Abd Ghafar berkata ia adalah disebabkan “sukatan mata pelajaran yang mencabar” namun ia adalah untuk mengekalkan kualiti mata pelajaran itu.
Mata pelajaran Bahasa Cina (Pemahaman) menurun 0.04 mata GPMP dan Bahasa Cina (Penulisan) turut menurun sebanyak 0.02 mata GPMP.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment