Jongkong emas tanda kasih
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, memberitahu, dia menabung demi memenuhi niat menghadiahkan jongkong emas kepada gadis yang bergelar isteri, sejak lama dulu.
“Sudah pasti tanggungjawab semakin besar, tetapi saya sudah bersedia menggalasnya.
Kami bersama-sama mencari berkat Tuhan dan mahu meramaikan umat,” katanya selepas majlis pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi di Country Heights, Kajang, semalam.
Dengan sekali lafaz, Mawar yang juga pengurus pemasaran di syarikat milik keluarga, sah menjadi milik pelakon dan pengacara Nasi Lemak Kopi O. Mempelai dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abdul Samat.
Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 dan tujuh dulang hantaran termasuk cincin, tas tangan, skuter Vespa dan kek berbentuk burger. Pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk motosikal Ducati, helmet, sepatu serta senaskhah alQuran.
Nilai wang hantaran dirahsiakan.
No comments:
Post a Comment