Salam lebaran
buat semua umat Islam bagi
meraikan kemenangan dalam
menghadapi
ujian Ramadan.
Hadis Ibnu Masud menyebut,
Baginda SAW bersabda:
" Apabila seseorang berpuasa dan
keluar berhari raya, maka Allah akan
berkata
kepada malaikat,
Sesungguhnya semua pekerja akan
menuntut ganjarannya dan
hambaku
yang berpuasa keluar pada hari ini
dengan ganjaran besar.
Oleh itu,
saksikanlah segala
amalan kejahatan mereka ditukar
kepada kebajikan sepenuhnya
dan
aku telah mengampunkan mereka".
Sabda Baginda SAW:
" Apabila tibanya hari raya,
iblis yang dilaknat memanggil
sekalian saudara dan sahabat handainya
seraya
berkata:
Wahai sahabat sekalian, pada hari ini,
Allah SWT mengampunkan dosa
sekalian hambanya.
Oleh itu,
kamu hendaklah melalaikan
mereka dengan kelazatan
dan
nafsu syahwat sehinggalah
mereka kembali kepada
kemurkaan Allah SWT."
Justeru itu, kita hendaklah
meraikan empat perkara
yang dianjurkan
Baginda SAW bagi
menjadikan Hari Raya
lebih bermakna iaitu
perbanyakkan ucapan
salam,
memberi makan kepada tetamu,
menghubungkan persaudaraan
dan solat malam.
Salaf al-soleh pernah berpesan;
“Seburuk-buruk kaum ialah
mereka yang hanya
mengenali Allah
pada bulan Ramadan.”
Firman Allah S.W.T
yang bermaksud:
"Supaya kamu cukupkan
bilangan
puasa
(sebulan Ramadhan),
supaya kamu membesarkan
Allah (dengan
bertakbir)
kerana telah memberi
petunjuk-Nya
kepada kamu
dan supaya kamu bersyukur."
[Surah Al-Baqarah: 185)
Hadis
Daripada Abi Umamah r.a,
daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“ Sesiapa
mengerjakan
amal ibadat pada
malam hari raya
(Aidil Fitri dan Aidil Adha)
dengan mengharapkan
keredhaan Allah semata-mata,
hatinya tidak akan mati
(pada
hari qiamat)
sebagaimana matinya hati
(orang-orang yang kufur engkar)
pada hari
itu.”
(Ibnu Majah)
Huraian
1. Umat Islam digalakkan menyambut
hari raya dengan Takbir dan Tahmid
sebagai
menandakan kesyukuran
kepada Allah. Malah orang-orang
yang beriman yang
menghidupkan
malam hari raya dengan beramal
dan beribadat kerana Allah,
hatinya
akan hidup
(bahagia dan gembira).
Mereka akan mendapat
balasan yang baik
di
sisi Allah S.W.T.
2. Sebaliknya orang-orang
yang kufur engkar, hatinya mati
(hampa dan kecewa)
pada hari itu, kerana
dimurkai Allah dan ditimpa
dengan seburuk-buruk
balasan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Apa yang sunat dilakukan pada
malam hari raya?
Disunatkan menghidupkan
malam dua hari raya
(yakni hari raya fitrah dan
hari raya korban) dengan ibadah
sama ada mengerjakan
solat-solat sunat, membaca
al-Quran,
berzikir dan sebagainya.
Ini kerana terdapat hadis
di mana Nabi
s.a.w. bersabda:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ
وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan
malam hari raya fitrah dan
malam hari raya korban,
nescaya tidak akan
mati hatinya pada
hari mati hati-hati”.
(Riwayat Imam
at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Yang dimaksudkan mati hati
ialah terbelenggu hati
dengan dunia.
Ada yang
berpendapat
maksudnya ialah menjadi kafir.
Dan ada juga yang memberi erti;
ketakutan hari kiamat.
Selain itu, digalakkan juga
memperbanyakkan doa
pada malam hari raya kerana doa
pada malam tersebut
adalah mustajab.
Imam Syafi’ie berkata
di dalam kitabnya
al-Umm;
“Telah sampai kepada kami
bahawa dikatakan;
‘Sesungguhnya terdapat
lima
malam dimustajabkan
doa iaitu; pada malam jumaat,
malam hari raya korban,
malam
hari raya fitrah,
malam pertama bulan Rejab
dan malam nisfu Sya’ban’”.
(Mughni
al-Muhtaj, jil. 1, hlm.
426, al-Majmu’, 5/47).
LAFAZ UCAPAN SELAMAT
Sempena Syawal, umat
Islam digalakkan untuk
mengucapakan ucapan
'taqabbalallahu minna waminka'
(Semoga Allah menerima
amalan kami dan amalanmu).
Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn
Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan
daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
"Apabila para sahabat
Rasulullah S.A.W bertemu
di hari raya, sebahagian mereka
mengucapkan kepada yang lain
'taqabbalallahu minna waminka'
(semoga Allah menerima amalan
kami dan
amalan mu)."
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang berpuasa
pada bulan Ramadhan lalu
diiringi dengan
puasa
enam hari bulan Syawal,
seolah-olah dia telah
berpuasa setahun."
[Hadis riwayat Muslim]
Syawal menjadi penerus kepada
maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain
sepanjang bulan Ramadhan.
Justeru, kita sewajarnya
menyambut hari raya dalam
keadaan tunduk, patuh,
penuh keinsafan, dan bertaqwa
kepada Allah S.W.T.
Semoga Hari Raya Aidilfitri
yang menjelma ini disambut
dengan penuh
keikhlasan,
kemeriahan dan selari
dengan syiar Islam.
No comments:
Post a Comment