KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak umatIslam berusaha
sebaik mungkin menterjemahkan pedoman al-Quran kepada program
transformasi untuk melonjakkan martabat ummah di persada dunia.
Perdana Menteri berkata dengan berpandukan petunjuk wahyu itu, kerajaan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah yang memandu manusia untuk menuju kejayaan, kemakmuran dan kemajuan.
"Kemajuan yang didorong oleh kitab suci itu ialah kemajuan yang
berimbang, holistik dan adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa dan
agama," kata Najib dalam perutusan sempena Nuzul Al-Quran 1434H di
laman blog beliau hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa antara keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan ialah peristiwa agung itu yang menjadi rahmat abadi yang dikurniakan buat umat ini.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan.
"Saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan yang agung ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua, menyuntik semangat motivasi untuk menjaga agama dan negara," kata Najib.
Perdana Menteri berkata al-Quran adalah pedoman yang tidak bertepi, cahaya yang tidak akan padam, pembimbing yang tidak pernah jemu bagi membawa umat manusia menuju kehidupan yang mulia di dunia mahupun akhirat.
"Marilah kita semua berusaha mendekatkan diri kita dengan pedoman qurani ini.
"Hayatilah keindahan setiap lafaz kalimahnya, setiap pengertian dan maknanya. Sesungguhnya, al-Quran ini adalah pedoman tertinggi dalam kita menata diri, keluarga, masyarakat mahupun negara," katanya. - BERNAMA
Perdana Menteri berkata dengan berpandukan petunjuk wahyu itu, kerajaan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah yang memandu manusia untuk menuju kejayaan, kemakmuran dan kemajuan.
Beliau menarik perhatian bahawa antara keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan ialah peristiwa agung itu yang menjadi rahmat abadi yang dikurniakan buat umat ini.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan.
"Saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan yang agung ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua, menyuntik semangat motivasi untuk menjaga agama dan negara," kata Najib.
Perdana Menteri berkata al-Quran adalah pedoman yang tidak bertepi, cahaya yang tidak akan padam, pembimbing yang tidak pernah jemu bagi membawa umat manusia menuju kehidupan yang mulia di dunia mahupun akhirat.
"Marilah kita semua berusaha mendekatkan diri kita dengan pedoman qurani ini.
"Hayatilah keindahan setiap lafaz kalimahnya, setiap pengertian dan maknanya. Sesungguhnya, al-Quran ini adalah pedoman tertinggi dalam kita menata diri, keluarga, masyarakat mahupun negara," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment