Lima ujian
gugat keimanan umat Islam
Sabda
Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang Mukmin akan menerima tekanan hidup kerana
tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar,
tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan
menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan
kesusahan itu.”
(Riwayat al-Hakim)
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Ujian dijadikan Allah
untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh
ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan serta tindakan atau hanya
terhenti setakat di mulut saja.
Diuji lima perkara
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang membencinya, orang kafir sentiasa memeranginya, syaitan berusaha menyesatkan dan bisikan hawa nafsu yang menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia ia perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah serta terbitnya perasaan kecewa atau putus asa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan”
(Surah al-Insyirah, ayat 6)
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment