Ramadan bangunkan
jiwa muttaqin
Al-Quran dalam Surah Al Baqarah
ayat 183 terungkap maksud
yang jelas mengenai Ramadan
dan siyam atau puasa.
Ia dilakukan oleh orang terdahulu,
semoga kita menjadi
orang yang berjiwa muttaqin.
ayat 183 terungkap maksud
yang jelas mengenai Ramadan
dan siyam atau puasa.
Ia dilakukan oleh orang terdahulu,
semoga kita menjadi
orang yang berjiwa muttaqin.
Membangun jiwa muttaqin
amat perlu kerana orang muttaqin
ialah orang yang sangat
dimuliakan ALLAH
(Surah Al Hujurat ayat 13).
Puasa bukan sekadar
menahan lapar dari awal pagi
hingga ke saat terbenam matahari
tetapi impak yang utama ialah
latihan pengawalan diri
dalam tarbiah rohiyyah.
Rasulullah SAW sekembali dari
Perang Badar menyatakan kalangan
sahabat bahawa “kita baru saja
kembali dari perang yang kecil
(jihad al ashgar) walaupun perang itu
memakan korban dan luka.
Ia berlaku ketika Ramadan
yang panas terik yang membakar.
Rasulullah SAW memberitahu
bahawa “kita akan berdepan
dengan peperangan yang lebih besar
(jihad al akbar) iaitu jihad an nafs”
atau jihad hawa nafsu iaitu jihad
terhadap diri sendiri.
Umumnya nafsu bagi setengah ulama
dikategorikan kepada tiga tahap.
Pertama nafs al amarah bissuk,
kedua nafsul lawwamah dan
ketiga ialah naf al mutmainnah.
Ketigatiga tahap ini
ada pada manusia dan mempengaruhi
pemikiran, perasaan dan
cara hidup manusia.
Nafsu adalah fitrah
dikurniakan ALLAH kepada manusia.
Tanpa nafsu manusia hilang daya,
hilang selera, hilang keinginan
dan hilang kemahuan.
Nafsu dalam bahasa mudah
diibaratkan seperti kuda liar
yang ditunggangi tiada terkawal
dan boleh menyebabkan
penunggangnya jatuh.
Kuda liar ini perlu dijinakkan
dengan cara latihan yang
berulang kali dan dipandu tali kekang.
Kuda yang jinak ibarat melatih
manusia berada dalam
tahap nafs al mutmainnah iaitu
keadaan yang tenang dan stabil
supaya penunggang menguasai kuda
bukan sebaliknya atau manusia menguasai
nafsu bukan sebaliknya.
Oleh itu
madrasah rohhiyyah
terhadap fizikal diri
ialah berlapar dan dahaga.
Ini mendidik pancaindera supaya
sentiasa terkawal daripada
perkara keji dan mungkar.
Ia juga mendidik hati dan emosi
supaya faktor dalaman diri manusia
menjadi tenang dan melakukan
sesuatu dengan penuh
perhitungan dan keinsafan.
Menerusi siyam, Tarawih,
tadarus, qiyam, tilawah dan Tahajud,
ini memberi makna yang unggul
mengenai sifat kehambaan yang tinggi
supaya binaan watak insan menepati
maksud ibadullah dan ibadurrahman
yang membawa resam taat, tunduk,
akur dan patuh terhadap larangan
dan suruhan ALLAH.
Asas inilah yang memberi
kekuatan iman dan membangun
jiwa muttaqin.
Mereka yang berjiwa muttaqin
memiliki rasa-ketuhanan
(Godconciousness) yang tinggi.
Contohnya seseorang itu
boleh curi makan di tempat sulit
tetapi keyakinan terhadap ALLAH
yang Maha Melihat menyebabkan
wujud daya kawalan dalam diri.
Pancaindera yang turut berpuasa
adalah latihan yang terbaik bagaimana
rasa-ketuhanan yang tinggi melahirkan
rasa ihsan yang luar biasa.
Hadis Rasulullah SAW menyatakan
bahawa meski melakukan amal
dengan baik, seseorang itu
tidak melihat ALLAH,
tetapi jiwa muttaqin yang
bertunjangkan ihsan tetap
meyakini bahawa ALLAH melihat kita.
Orang yang berjiwa muttaqin
memelihara diri dengan
keyakinan ALLAH Maha Mengetahui
dengan apa yang kita katakan,
kerjakan dan amalkan.
Isu mengawal diri ini
adalah sesuatu yang amat penting
dalam membangun jiwa muttaqin.
Antaranya, tuntutan menutup aurat
(Surah An Nur ayat 31)
umpamanya, adalah sebesar-besar
hikmah daripada ALLAH
supaya Mukmin dan Mukminah
memiliki daya kawalan yang tinggi
terhadap diri.
Dengan menutup aurat
umpamanya diikuti dengan
tarbiyyah rohhiyyah, seseorang akan
menjaga cakapnya, perbuatan dan
amalannya kerana orang yang
mengikuti syariat ALLAH ialah
orang yang faham suruhan dan
larangan-Nya untuk kebaikan manusia.
Puasa sebulan ketika Ramadan
memberi kita kekuatan.
Sebelas bulan yang dilalui
terdapat berbagai karenah hidup
yang didepani. Ibarat kereta
dimasukkan ke dalam bengkel
supaya enjinnya dibaiki pulih
dan hasilnya, ia meluncur laju
selepas itu seperti kembalinya
diri manusia dalam keadaan fitrah.
Golongan abid atau ahli ibadah
berjiwa muttaqin yang bersedia
hadapi faktor dalam dan luar diri
supaya fitrah dirinya tercerna
semula ibarat ikan di laut masin.
Semasin mana persekitarannya
dagingnya tetap tawar.
Ibarat kembalinya kita kepada
fitrah nanti ia bakal memandu manusia
supaya memiliki kekuatan iman
dan takwa dan mampu menjalani
hidup dengan yakin bahawa
ALLAH adalah segala-gala.
Dengan ini,
mereka yang melakukan makruf
dekat dengan-Nya (taqarrub Ilallah)
serta menghindari kemungkaran kerana
ia berdosa dan balasan ALLAH
nanti amat pedih bagi yang ingkar.
No comments:
Post a Comment