Cintailah Diri Sendiri!
Pernahkah anda merasa tidak puas hati pada diri sendiri ?
Terdapat 9 cara boleh membantu anda untuk mencintai diri sendiri.
Cubalah cara-cara tersebut dan lihatlah perubahannya!
- Terimalah diri anda seadanya, hentikan segala kritikan
- Sokonglah diri sendiri, benarkan kawan-kawan membantu anda
- Pujilah diri sendiri
- Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan
- Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran
- Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar. Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda
- Usah membenci musuh-musuh, sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat membantu apabila diperlukan
- Ambil berat tentang kesihatan, baik pemakanan atau senaman
- Cermin diri, luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri
No comments:
Post a Comment