Hati boleh tentukan perlakuan manusia
Hampir dua dekad lalu, ada drama bersiri menarik yang disiarkan
oleh RTM. Drama Sesat Dalam Cahaya mengisahkan bagaimana manusia boleh
tersesat walaupun mereka sebenarnya dilahirkan sebagai orang Islam. Ia
agak bertentangan dengan sifat Islam itu sendiri, kerana Islam adalah
agama yang paling sempurna bagi memandu manusia daripada terus hidup
dalam kesesatan dan kejahilan.
Sebab manusia berada dalam kesesatan memanglah banyak, tetapi pokok pangkalnya ialah kerana hati. Hati membawa maksud hasrat atau tujuan, maka hatilah juga yang akan menentukan kesannya. Kalau kesannya berlaku ke atas diri sendiri, ia tidak menjadi masalah besar tetapi jika ia sesuatu yang boleh menimbulkan kesan meluas, ia adalah sesuatu yang boleh menimbulkan kesesatan.
Meskipun tanggungjawab berdakwah adalah kewajipan setiap orang Islam, ia tidak bermakna semua orang Islam mampu melaksanakan tanggungjawab dakwah. Mungkin ramai di antara umat Islam lebih mudah mendengar dan memahami pendekatan dakwah yang mudah, kerana ia mendekati dengan persoalan kehidupan semasa khalayak.
Ia berpunca daripada keinginan seorang ayah untuk menarik perhatian pihak tertentu agar memilih anaknya sebagai pemimpin. Kalau diukur dari segi ukuran boleh nampak, memangnya cukup syarat, tetapi ia bukan bermakna syarat itu sudah sempurna kesemuanya.
Dalam sejarah Islam banyak kisah mengenai bagaimana seseorang pemimpin dipilih berdasarkan kepakaran dan keahliannya, bukan semata-mata kerana ilmunya.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW misalnya, Baginda memilih orang lain walaupun seorang yang dilihat tawaduk pernah meminta jawatan. Baginda sedar, untuk memimpin sesebuah organisasi, tawaduk semata-mata belum mencukupi kerana masih banyak kemahiran lain yang diperlukan.
Ahli akademik
Seorang yang tinggi akademiknya belum bererti mampu lahir sebagai seorang pemimpin yang berwibawa. Begitu juga dalam situasi politik Malaysia, walaupun seorang ahli politik itu bekas seorang profesor sains politik, ia masih belum menjamin dirinya sebagai seorang wakil rakyat yang berkesan dan disepakati umum sebagai yang terbaik.
Memang ada ahli akademik yang berjaya dalam kedua-dua bidang, bidang keilmuan dan bermuamalat, tetapi bilangannya amat kecil. Ia boleh dikira dan berdasarkan sejarah, seorang pelaksana yang berkesan adalah seorang yang boleh menyeimbangkan pengetahuan teori dengan realiti masyarakat. Ia bukanlah sesuatu yang mudah seperti membuat kesimpulan berasaskan teori. Teori dibentuk berdasarkan analisis sesuatu yang sudah berlaku, sedangkan dalam melaksanakan dakwah ia bersifat realiti semasa dan alami.
Keberkesanan dakwah
Begitu juga dalam keberkesanan berdakwah. Meskipun tanggungjawab berdakwah adalah kewajipan setiap orang Islam, ia tidak bermakna semua orang Islam mampu melaksanakan tanggungjawab dakwah. Mungkin ramai di antara umat Islam lebih mudah mendengar dan memahami pendekatan dakwah yang mudah, kerana ia mendekati dengan persoalan kehidupan semasa khalayak.
Bagi seorang yang menganggap dirinya berpendidikan tinggi, dakwahnya mungkin sesuai dalam kalangan intelektual, dan bukannya orang kebanyakan. Dakwah bagi orang kebanyakan lebih bersifat personal seperti disyaratkan iaitu dakwah yang berkesan ialah dakwah yang disampaikan dengan mudah, yakni berdasarkan tingkat kemampuan berfikir khalayaknya.
Keberkesanan dakwah itu bukan terletak semata-mata atas penguasaan teknologi. Teknologi adalah alat, ia boleh meninggalkan kesan yang berbeza kepada sekumpulan orang berdasarkan bagaimana teknologi itu digunakan.
Dalam komunikasi dakwah, ketinggian pengetahuan belum boleh menjamin keberkesanannya sekiranya seorang pendakwah itu sendiri gagal memahami persekitaran khalayaknya. Khalayak yang disasarkan memerlukan pendekatan yang lebih khusus, dan ini membawa maksud konsep kedekatan dengan masyarakat adalah suatu keutamaan yang jelas, dan kerana itulah dalam banyak hal pendekatan dakwah dalam masyarakat marginal menemui kegagalan.
Keberkesanan dakwah Rasulullah SAW ialah kerana Baginda mengharamkan penganut Islam mempersendakan agama lain dan melarang sikap sinikal kepada mereka yang berbeza pendekatan. Baginda menyampaikan dakwah secara berhemah dan penuh kasih sayang.
Baginda tidak memburuk-burukkan orang lain termasuk nabi terdahulu, ataupun pemimpin agama lain yang berasaskan petunjuk bikinan sendiri. Itulah sebenarnya kelebihan Islam dalam penyampaian dakwah, ia cuba menjauhi sikap berasakan diri sendiri yang terbaik, pakar dan mempunyai sentuhan ajaib, sebaliknya boleh selesaikan banyak masalah hanya dengan satu sentuhan saja.
Penulis ialah
bekas Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM)
No comments:
Post a Comment