Peguam Syarie Menulis:
Hubungan baik majikan, pekerja
Tugasan harus dilaksana
dengan amanah,
bersama kongsi keuntungan
Seluruh negara sibuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
dan parti yang
bertanding giat berkempen dengan agresif demi
mencapai keinginan menjadi wakil
untuk memegang tampuk
pemerintahan negara.
Namun, di sebalik kesibukan masing-masing,
eloklah kita berehat dan menyambut
hari yang tidak kurang
pentingnya di seluruh dunia, iaitu Hari Pekerja yang
disambut pada
1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja dulunya dikenali Hari Buruh.
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang bekerja di bawahmu adalah
saudaramu.
Orang yang bekerja di bawah kamu sebenarnya diizinkan Allah
mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya
sebagai pekerja wajib
memberikannya makanan dari apa yang
mereka makan dan memberikan pakaian dari
apa yang kamu pakai.
Dan pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di
luar
kemampuan mereka. Jika kamu telah memberikan tugas berat
maka hendaklah
kamu menolong mereka.”
(Riwayat al-Bukhari)
Bekerja adalah suruhan agama Islam bersandarkan
nas al-Quran dan hadis Nabi
menyentuh keperluan bekerja
bagi tujuan mencari nafkah. Islam tidak
menggalakkan kemiskinan
kerana enggan berkerja dan tidak mampu menampung
keperluan asas diri serta keluarga.
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi ada menyebut,
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi ada menyebut,
mencari sara hidup
yang halal adalah satu kewajipan
di samping kewajipan yang difardukan.
Firman Allah SWT:
“Dan carilah apa-apa yang Allah sediakan
bagi kamu untuk
akhirat dan janganlah kamu lupa
nasib habuan kamu dalam kehidupan dunia.”
(Surah al-Qashash, ayat 27)
Oleh itu, bekerjalah kerana Allah.
Carilah rezeki yang mencukupi untuk
keperluan keluarga.
Pelihara hubungan antara majikan dan pekerja untuk
memastikan
perniagaan yang dijalankan mencapai kejayaan.
Hak dan tanggungjawab pekerja
Kita perlu mengkaji kembali apakah hak dan tanggungjawab
pekerja dan majikan
seperti digariskan agama Islam kerana
hubungan baik serta pelaksanaan
tanggungjawab oleh
kedua-duanya menjadi asas untuk menaikkan sesebuah
organisasi.
Umumnya hubungan majikan dan pekerja terikat
dalam satu acuan yang disebut
hablum min al-nas
(hubungan sesama manusia) yang wajib dijaga oleh kedua-dua
pihak. Kesempurnaan hubungan antara manusia ini akan lahir
hablum min Allah
(hubungan dengan Allah) dijaga baik.
Firman Allah SWT:
“Mereka ditimpa kehinaan di mana saja
mereka berada kecuali
mereka berpegang kepada tali Allah
dan tali dengan sesama manusia.”
(Surah
Ali-Imran, ayat 112)
Di sisi Islam, majikan dan pekerja umpama satu anggota
Di sisi Islam, majikan dan pekerja umpama satu anggota
dalam ikatan persaudaraan.
Harapan yang diberikan seorang s
audara kepada saudaranya yang lain diberikan
oleh pekerja
kepada majikannya dan begitulah sebaliknya.
Hubungan majikan, pekerja
Seorang saudara tidak akan merasa tenteram dan aman jika
melihat saudaranya
yang lain berada dalam keadaan sukar.
Begitulah juga perasaan perlu ada dalam
hubungan antara majikan dan pekerja.
Tidak harus ada rasa prejudis antara
kedua-dua golongan bersaudara itu.
Majikan walaupun bebas mencari kekayaan dalam perniagaannya,
tidak harus
memerah keringat orang bawahan tanpa perkongsian
keuntungan yang setimpal dan
hanya mementingkan diri sendiri.
Kebajikan yang adil juga harus diberikan oleh
majikan kepada pekerja
dan haruslah golongan pekerja diberi upah yang setimpal.
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang bekerja di bawahmu adalah saudaramu.
Orang
yang berkerja di bawah kamu sebenarnya diizinkan
Allah mengikut perintahmu.
Seorang yang mengambil saudaranya
sebagai pekerja wajib memberikannya makanan
dari apa yang
mereka makan dan memberikan pakaian dari apa yang kamu pakai.
Dan
pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di luar
kemampuan mereka.
Jika kamu telah memberikan tugas berat
maka hendaklah kamu menolong mereka.”
(Riwayat al-Bukhari)
Di sebalik itu, pekerja harus jujur menjalankan tugasan
Di sebalik itu, pekerja harus jujur menjalankan tugasan
yang telah diberikan
dan tidak menekan majikan dengan tuntutan
yang tidak wajar. Islam menggariskan
prinsip yang perlu
dalam melaksanakan tanggungjawab bekerja.
Hendaklah mencari pekerjaan yang halal dan tidak melanggar syarak.
Hendaklah mencari pekerjaan yang halal dan tidak melanggar syarak.
Melaksanakan
amanah bekerja mestilah niat kerana Allah SWT dan
tugas dilakukan dengan tekun,
cekap, profesional serta penuh ihsan.
Jangan curi tulang
Jangan sekali-kali mencuri tulang untuk melakukan
aktiviti yang tidak berkaitan
dengan pekerjaan seperti
melayari laman sosial dan sebagainya pada waktu
berkerja.
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Nabi bersabda:
“Sesungguhnya Allah suka melihat
hamba-Nya
yang menjalankan pekerjaan dengan tekun (teliti).”
Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah bersabda:
“Allah sukakan hamba-Nya yang
berkerja.
Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup
keluarganya
maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.”
Syariat Islam adalah rahmat untuk seluruh alam. Penghayatan kepada seluruh aspek syariat Islam membawa kita kepada jaminan kerahmatan daripada Allah. Selamat menyambut Hari Pekerja dan semoga selepas ini kita menjadi majikan serta pekerja yang lebih baik.
Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
No comments:
Post a Comment