Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, March 12, 2013

LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK..SOTONG KERING




SOTONG KERING 
LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK






Sedarkah anda,

 selalu makan sotong kering
 lebih merbahaya dari merokok. 





Dalam mazhab Hanafi, 

sotong adalah haram dimakan. 




Kanser daripada sotong kering -

 Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, 
plastik dan baja fosfat.

 


PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim

 menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari
 kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam. 




GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan 

sotong kering ditambah lagi jika dimasak 
sebagai sambal. 




Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar 

bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik 
jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam
 membuat bateri, plastik dan baja fosfat. 




"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan

 seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat
 serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya
 di sini semalam. 




Menurutnya, selain sotong kering, 

makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis 
dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada 
kadar yang lebih rendah. 




"Hasil ujian yang dilakukan mendapati 

kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi
 empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. 




CAP membuktikan perkara itu melalui

 ujian rawak melibatkan enam sampel 
sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya 
mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.




Para penggemar sotong pasti kecewa apabila

 mengetahui makanan laut itu sebenarnya 
mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh 
didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.




Kandungan kadmium tersebut juga 

dikatakan mampu menyebabkan peminatnya
 berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat 
serta berupaya mengakibatkan buah pinggang 
gagal berfungsi dengan baik.




Pendedahan mengejutkan oleh

 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu
 turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain 
seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.




Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, 

hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi 
empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.




“Dalam satu ujian secara rawak,

 enam sampel sotong kering diuji untuk 
mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, 
lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga
 daripadanya melebihi piawaian keselamatan.




“Mengikut Peraturan Makanan 1985, 

jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan
 tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,”
 katanya pada siding akhbar di pejabatnya 
di sini hari ini.




Kadmium digunakan dalam galvani dan

 elektropenyaduran dalam bateri, 
konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen 
dan plastik selain memantapkan baja fosfat.




Mohamed Idris berkata, selain menjad

i bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), 
kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas 
organ tertentu dalam tubuh kerana kadar 
serapan bertambah jika kekurangan 
kalsium dan zat besi.




Katanya, kadmium dibawa menerusi 

aliran darah oleh sel-sel darah merah 
dan molekul protein yang besar.




“Kebanyakan beban kadmium dalam 

tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. 
Walaupun buah pinggang menjadi organ 
sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin 
berlaku dalam tulang dan perut.




“Ini diperhatikan melalui satu sindrom 

yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami 
sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...