Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang
ke
tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya
mempermain-mainkan
raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu
dia menerima hukuman itu
dengan tenang.
Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu
Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu
untuk dibawa ke
tengah laut kerana Si Luncai akan
dibuang ke dalam laut itu nanti. Si
Luncai telah
dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu
pun dikayuhlah ke
tengah laut. Dari dalam guni itu
Si Luncai dapat melihat beberapa biji
labu air
terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh,
maka Si
Luncai berkata;
“Kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk
berkayuh.
Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk
menghilangkan
penat kamu semua itu?”
Salah seorang daripada mereka berkata;
“Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”.
Mendengar kata-kata yang sedemikian itu,
maka Si Luncai pun menyanyilah.
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”
Mendengar
Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu
mula tertarik dan beberapa
orang pekayuh mula menyanyi:
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah:
“Biarkan! Biarkan!”
Akhirnya, mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan! Biarkan!”
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang
hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan
keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni
dan dia mengisikan
beberapa biji labu ke dalam guni itu
dan kemudian dia mengambil dua biji
labu yang lain
lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian
menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai
ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan
guni itu ke dalam laut.
Pada mereka, matilah Si Luncai dan
mereka pun baliklah memberitahu raja
akan hal itu.
Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya
telah
berenang sampai ke pantai.
p/s :
Terkenang semasa zaman belajar sekolah rendah dahulu.....
Cerita rakyat ini diceritakan oleh cikgu semasa darjah satu sekarang Tahun 1.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.....
Semasa zaman kanak-kanak saya selalu mendengar cerita ini.
Emak pula rajin bercerita setiap kali saya pulang dari sekolah
sambil menyuapkan nasi ke mulut saya.
Emak kata Si
Luncai bukan orang sembarangan kerana
Si Luncai ini yang miskin cuma hartanya,
bukan minda dan
ketangkasan fikirannya.
Otaknya bergeliga dengan pelbagai taktik licik
untuk menyelesaikan masalah.
biarkan.....biarkan....
jagalah hati :) .
No comments:
Post a Comment