Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, January 19, 2013

Sekolah jangan salah guna bantuan awal persekolahan

Sekolah jangan salah guna

bantuan awal persekolahan



TUMPAT: Kementerian Pelajaran tidak mahu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil kesempatan menyalah guna pemberian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada pelajar.




Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini kerana bantuan itu adalah bagi meringankan beban ibu bapa dalam persediaan pada awal musim persekolahan.



Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan hari ini, beliau berkata langkah itu juga adalah bagi membolehkan ia memenuhi matlamat kerajaan dalam membantu golongan sasar.


Mohd Puad mengulas kejadian sebuah sekolah di Johor semalam, yang didakwa menawarkan 'diskaun' kepada ibu bapa menggunakan wang itu bagi melunaskan yuran komputer.




Perbuatan itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah tamil yang didakwa melibatkan PIBG sekolah berkenaan.
Beliau berkata perbuatan itu menyalahi pekeliling Kementerian Pelajaran kerana pihak sekolah tidak dibenar memotong atau memaksa pelajar melunaskan hutang atau apa-apa yuran berkaitan sekolah menggunakan wang bantuan awal persekolahan.



Sehubungan itu, Mohd Puad meminta Jabatan Pelajaran negeri berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekolah berkenaan.
 


Beliau berkata kerajaan memperuntuk RM540 juta bagi membiayai bantuan awal persekolahan menerusi bajet tahun ini yang meliputi 4.9 juta pelajar di seluruh negara.
 


"Sebanyak RM490 juta daripada peruntukan itu adalah untuk pelajar sekolah bantuan kerajaan, manakala selebihnya sekolah agama, swasta dan persendirian," katanya.
 


Dalam pada itu, Mohd Puad berkata sebanyak 77 sekolah di Kelantan belum menikmati kemudahan bekalan air bersih yang disediakan pihak kerajaan negeri.
 


Beliau berkata 39 daripada jumlah sekolah terbabit berada dalam keadaan kritikal, menyebabkan Kementerian Pelajaran mengambil langkah membantu menyediakan peruntukan kewangan.
 


Mohd Puad berkata kerajaan, melalui Kenterian Pelajaran, menyediakan peruntukan RM27 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di sekolah di negeri ini.
 


Katanya, kerajaan mengambil berat nasib rakyat, khasnya pelajar, agar masalah itu tidak mengganggu pembelajaran mereka.
 


"Ini tidak sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin PAS di negeri ini sehingga gagal menyelesaikan masalah rakyat, termasuk kemudahan bekalan air bersih di sekolah," katanya. - BERNAMA 
Sumber 



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcZlAbfgrT_K5lVcuSdC0t0zHUmvJ_JAh-ik8-XIT317zqHf6D50cDuX5fz1YD8SfL5JfqjQ8N3IJH30dCG8R0K07UmPfeqmSP2f8k9kTas4scYjQSa4zk9RbWG52rqSBBNr2yQWBePbw/s1600/kosmos.jpg 

Thanks google :)


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...