Rasulullah pendidik unggul
Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan 1434H/2013:
Guru patut contohi cara Baginda
tangani masalah secara berhemah
Peringkat Kebangsaan 1434H/2013:
Guru patut contohi cara Baginda
tangani masalah secara berhemah
Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang.
Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti
Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin
Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain.
Dicontohi sepanjang zaman
" Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya."
Imam al-Ghazali
Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW
mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi dan
diteladani sepanjang zaman. Allah SWT telah merakamkan beberapa ayat
dalam al-Quran mengenai peranan Rasulullah SAW sebagai guru atau
pendidik.
Firman Allah SWT:
“Dialah Tuhan yang telah
mengutuskan kepada kaum ummi (buta huruf) seorang Rasul daripada
kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,
(berjuang) menyucikan mereka serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah.
Sesungguhnya mereka (sebelum diutus Muhammad) benar-benar berada dalam
kesesatan yang nyata.”
(Surah al-Jum’ah, ayat 2)
Selain nas
al-Quran,
Nabi SAW juga bersabda:
“Sesungguhnya
aku telah diutuskan
(oleh Allah) sebagai
seorang guru (pendidik manusia).”
(Riwayat Ibnu
Majah)
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
“Sedang kami berada
dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk
mencangkung membuang air kencing dalam masjid. Sahabat berkata kepada
lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata:
Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun
membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian
Rasulullah SAW memanggil
lelaki berkenaan dan berkata kepadanya:
lelaki berkenaan dan berkata kepadanya:
" Di
dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air
kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada
Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW
mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh
kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing."
Berpandangan jauh
Iktibar yang boleh diambil
daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang
yang melakukan kesalahan, terutama guru. Rasulullah SAW dalam peristiwa
itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu
keadaan.
Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan
lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan
dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah
contoh seharusnya diikuti guru.
Kisah Rasulullah SAW itu juga
mengajar perlunya bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang
yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut
diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap
berdegil.
Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria
unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai
masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat
penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.
Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru akan menyedari bahawa sabar
memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru perlu bersedia
menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik.
Diriwayatkan daripada Abu Musa,
Rasulullah SAW mengatakan:
“Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang
menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di
antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang
tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak
menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Pada hal Allah
menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus
dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang
yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran
seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan
sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu
mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak
tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia
tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Proses pengajaran
Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu
metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi,
sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar.
Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran.
No comments:
Post a Comment