Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, January 28, 2013

Cuba-cubalah kuiz ini.......:)


Adakah Anda 

Seorang Yang Ikhlas?




KITA mungkin selalu mendengar
 orang berkata,"saya ikhlas." 
Tapi itu sekadar adat berbahasa
 kerana tidak ada siapa pun 
tahu keikhlasan seseorang. 
Malah hati sendiri pun 
susah hendak diteropong
 sama ada ikhlas atau 
tidak ikhlas. 
Tapi sekurang-kurangnya
 keikhlasan dapat dibaca
 pada sikap dan 
tindak-tanduk kita.





 Cuba-cubalah kuiz ini.......:)




1. Anda sedang melangkah ke majlis

 pengajian di surau apabila ada
 yang menegur.
 "Rajin ke surau nampaknya, 
tak lama lagi bolehlah 
jadi ustazah/ustaz." Reaksi anda?

A. Teragak-agak hendak meneruskan langkah.


B. Terus melangkah dengan sopan sambil berkata, "Amin, mudah-mudahan begitulah hendaknya..."




2. Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.

 Bila berseorangan?

A. Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.


B. Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.




3. Ada orang mengutip derma untuk kebajikan. Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak. 

Bicara hati anda?

A. "Hai...melayanglah duit belanja aku..."


B. "Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."




4. Anda dipuji seseorang. 

Rasa hati anda?

A. Bangga tidak terperi.


B. Mengembalikan pujian kepada Allah.






5. Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.

 Komen anda?

A. "Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."


B. "Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."






6."Amboi! Alim nampak..." 

tegur seorang kawan apabila melihat
 anda pertama kali berserban.
 Reaksi anda?

A. Tersinggung,rasa macam kena perli.


B. Tenang dan masih boleh bermuka manis.





7. Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?


A. Susah


B. Mula-mula memang susah, 

tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.





8. Anda dilucutkan jawatan 

dalam persatuan dan menjadi 
ahli jawatankuasa biasa. 
Bicara hati anda?

A. "Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."


B. "Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."









9. Anda telah bersusah payah 

menjayakan sesuatu projek, tetapi
 tiada siapa pun yang menghargai.
 Reaksi anda?

A. Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.


B. Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.







10. Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda

 untuk membeli rokok.
 Bicara hati anda?

A. "Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."


B. "Tak patut dia buat macam tu.

Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia 
dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku 
tetap Allah terima."




(Beri satu markah untuk diri anda 
bagi setiap jawapan 'B')






ANALISIS MARKAH



 


10: Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.

 


7-9: Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.


 

6 ke bawah: Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.



..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...