Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 15, 2012

Harimau terus cipta gelisah

Thanks Google :)
 

Harimau terus cipta gelisah


Shah Alam: Berbaki 10 hari sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF 2012, timbul persoalan kini sama ada Harimau Malaya masih menyimpan kuku atau pengendalinya, Datuk K Rajagobal sudah kekeringan idea dalam mencorakkan pasukan juara bertahan itu?

Aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam tadi menyaksikan Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dengan pasukan ranking ke-172 dunia, Hong Kong, sekali gus memerlukan kemenangan wajib diraih pada aksi persahabatan terakhir menentang satu lagi lawan lemah, Bangladesh, Selasa ini bagi mengembalikan keyakinan penyokong.


Gol pendahuluan menerusi tandukan cantik Safee Sali hasil hantaran Amar Rohidan pada minit ke-57 berjaya disamakan Hong Kong hasil tolakan Lam Hok Hei minit ke-87 yang berpunca tolakan lemah Aidil Zafuan Radzak kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.


Dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) pada aksi persahabatan di Hanoi dan Bangkok, awal bulan ini sedikit memudarkan semangat penyokong Harimau Malaya apabila kurang 5,000 penonton hadir ke stadium.


Rajagobal tampak menurunkan kesebelasan terkuatnya kali ini berbanding ketika menewaskan lawan sama 3-0 di Stadium Mongkok, 16 Oktober lalu tatkala Hong Kong kembali diperkuat enam tonggak utamanya yang tidak beraksi perlawanan itu.


Namun hanya dua percubaan berbahaya pada babak pertama menerusi Safee, sepakan cantiknya dalam kotak penalti pada minit ke-15 sedikit tersasar manakala percubaannya selepas itu melepasi perangkap ofsaid minit ke-31 diselamatkan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai.


Lawan pula nyaris memerangkap kelekaan skuad negara, mujur rembatan luar kotak penalti penyerang gantian, Cheng Siu Wai minit ke-43 diselamatkan Khairul Fahmi manakala percubaan Lee Hong Lim sempat dihadang pertahanan, Fadhli Shas, dua minit kemudian.

Biarpun Hong Kong terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 10 minit terakhir selepas pemain pertahanan, Lee Chi Ho dilayangkan kad merah, tiada tambahan gol mampu dihasilkan anak buah Rajagobal, sebaliknya Hong Kong pula berjaya menyamakan kedudukan.

Kita tidak pamerkan permainan sebenar sejak awal, tak tunjuk kesungguhan. Hong Kong lebih bertenaga, agresif. Kita tak dapat rentak permainan dan sedikit meningkat di babak kedua hingga dapatkan gol. Tetapi kesilapan komunikasi antara Aidil dan Fahmi memberikan gol mudah kepada lawan, kata Rajagobal. 



Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...