Mampukah badminton
sumbang pingat kepada Malaysia?
LONDON: Mampukah Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik serta pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah satu lagi pingat iaitu gangsa kepada negara?
Semuanya bakal terjawab dalam aksi perseorangan lelaki akhir dan penentuan pingat gangsa dalam acara beregu lelaki yang akan berlangsung di Wembley Arena, di sini hari ini.
Chong Wei, pemain nombor dua dunia akan mengulangi pertemuan epik menentang
juara bertahan, Lin Dan dari China manakala Koo-Tan akan berdepan beregu Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.
Sudah tiba masa bagi Chong Wei yang beraksi pada Olimpik terakhir bagi beliau menukar pingat perak yang dimenanginya pada Olimpik Beijing 2008 kepada emas pada temasya kali ini.
Pemain negara itu mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Chen Long dari China 21-13, 21-14 di separuh akhir manakala Koo-Tan tumpas 9-21, 19-21 kepada pasangan China, Cai Yun/Fi Haifeng dalam saingan separuh akhir semalam.
Sejak Malaysia menyertai temasya Olimpik pada 1956, hanya beregu Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (Atlanta 1996) dan Chong Wei (Beijing 2008) yang hampir memenangi pingat emas buat negara pada temasya itu, namun hajat mereka tersekat di peringkat akhir untuk sekadar meraih pingat perak.
Pasangan adik-beradik Razif-Jalani Sidek menyumbangkan pingat Olimpik pertama kepada Malaysia semasa Olimpik Barcelona 1992 dengan meraih gangsa sementara adik mereka, Rashid juga memenangi gangsa di temasya yang sama.
Untuk rekod, kesemua pingat yang dimenangi kontinjen Malaysia pada temasya Olimpik adalah melalui acara badminton.
Sejarah akan berulang hari ini apabila Malaysia sekali lagi menaruh harapan kepada pemain badminton untuk menyumbangkan pingat emas pertama kepada negara.
Pelumba trek sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang juga berpeluang mencatat nama sebagai penyumbang pingat kepada negara.
Beliau yang digelar 'The Pocketrocketman', bagaimanapun berdepan laluan getir apabila berdepan pelumba terbaik Britain, Jason Kenny di peringkat suku akhir acara pecut lelaki individu.
Pelumba tuan rumah itu hari ini mencatat rekod baharu Olimpik dengan masa 9.713 saat, sekaligus muncul pelumba terbaik pada sesi kelayakan manakala Mohd Azizulhasni mencatatkan 10.226s untuk berada pada kedudukan ke-11 dalam kalangan 17 pelumba.
Selain badminton dan berbasikal, dua atlit olahraga yang diberikan tiket wildcard -- Noraseela Khalid dan Lee Hup Wei -- masing-masing akan turun beraksi dalam acara 400 meter berpagar wanita dan lompat tinggi lelaki pada hari kesembilan Olimpik London 2012, hari ini. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment