Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, December 23, 2012

Pupuk minat dalam subjek Sains

Pupuk minat dalam subjek Sains





PUTRAJAYA 22 Dis. - Para guru termasuk mereka yang mengajar di sekolah rendah memainkan peranan penting untuk memupuk minat murid dalam subjek Sains sekali gus mendorong mereka memilih aliran berkenaan apabila berada di sekolah menengah.





Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, para ibu bapa dan pelajar juga perlu sedar bahawa aliran Sains sebenarnya membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pelajar.





"Para guru dan sekolah perlu memberi lebih banyak penekanan kepada pengajaran Sains. Kalau murid minat sejak kecil lagi, maka mereka dengan sendirinya akan memilih aliran Sains apabila berada di sekolah menengah.




"Malaysia memerlukan pelajar Sains yang lebih ramai untuk mencapai Wawasan 2020 dan usaha untuk menambah pelajar aliran ini telah dimulakan sejak dahulu lagi di mana kita menambah baik kaedah dan alat pengajaran untuk subjek Sains," katanya.






Alimuddin yang merupakan Pengerusi Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics berkata demikian selepas menyempurnakan majlis konvokesyen kesembilan kolej tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan 15 daripada 61 perakuan yang dikemukakan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang berkenaan.





Antara perakuan yang akan dilaksanakan termasuk penambahan pengecualian cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil bidang Sains dan Teknologi di sekolah menengah (tingkatan empat dan lima) dan prauniversiti iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000.





Alimuddin yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, peningkatan dan penurunan keputusan dalam beberapa subjek Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini adalah fenomena biasa.
 






"Pelajar menjawab soalan yang berlainan, jadi jatuh dan naik keputusan itu adalah perkara yang normal. Melainkan ada kejatuhan signifikan melebihi lima peratus, barulah ia melambangkan ada perkara tertentu yang perlu diambil perhatian," katanya.
















 








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...