Warga setia
kuasai bahasa kebangsaan
Menghairankan kerana selepas merdeka selama lebih 55 tahun dengan
persetujuan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan, penggunaannya
masih menjadi persoalan. Terbaru ialah usaha untuk meningkatkan
penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam negara.
Diakui bahasa Inggeris sudah pun menjadi bahasa antarabangsa yang sepatutnya boleh dikuasai rakyat. Usaha juga perlu dilaksanakan supaya semua lepasan sekolah dan universiti kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Diakui bahasa Inggeris sudah pun menjadi bahasa antarabangsa yang sepatutnya boleh dikuasai rakyat. Usaha juga perlu dilaksanakan supaya semua lepasan sekolah dan universiti kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Tetapi apakah penguasaannya hanya boleh dilakukan dengan mengabai atau
memperlekehkan bahasa Melayu hingga ada pula beberapa kerat rakyat yang
mahu sekolah Inggeris, iaitu sekolah dengan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar, dikembalikan?
Apakah ini saja jalannya untuk memastikan seseorang pelajar fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris? Mestikah penguasaan baik bahasa Inggeris hanya boleh dicapai dengan mengabaikan bahasa Malaysia?
Tak serius guna bahasa Malaysia
Apakah ini saja jalannya untuk memastikan seseorang pelajar fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris? Mestikah penguasaan baik bahasa Inggeris hanya boleh dicapai dengan mengabaikan bahasa Malaysia?
Tak serius guna bahasa Malaysia
Sehingga sekarang masih terdapat sebilangan rakyat negara ini yang
berterusan tidak serius berhubung penggunaan bahasa Malaysia hingga ada
lepasan sekolah, khususnya dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
yang tidak boleh bertutur atau memahami bahasa Melayu dengan baik.
Persoalan mengenai penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di sekolah tidak seharusnya timbul lagi, begitu juga pandangan
bahawa hanya dengan wujudnya sekolah bahasa Inggeris barulah rakyat
negara ini boleh menguasai bahasa itu.
Dalam keghairahan mahu rakyat menguasai bahasa Inggeris dengan
baik, janganlah kita meminggirkan bahasa Malaysia. Ia sudah pun diterima
sebagai bahasa kebangsaan. Semua yang mengakui warga negara ini
seharusnya bersedia mendukung dan mencintai bahasa Malaysia, iaitu bukan
sekadar memahami tetapi juga boleh bertutur dengan baik.
Bahasa Malaysia sebenarnya adalah tonggak kenegaraan dan
kedudukannya juga mengatasi bahasa lain termasuk bahasa sukuan. Hakikat
ini perlu difahami oleh semua rakyat negara ini tanpa berdolak dalih
lagi.
Justeru, semua individu yang mengakui cintakan negara ini tidak
harus terikut dengan kemahuan pendukung sekolah Cina yang tidak serius
mahukan lepasan sekolah itu dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik.
Pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC pada masa ini hanyalah seperti
melepaskan batuk di tangga, iaitu untuk pelajar mereka lulus dalam mata
pelajaran itu dan memperoleh sijil persekolahan.
Sudut perkauman sempit
Sudut perkauman sempit
Itulah juga kenapa hingga sekarang persatuan seperti Dong Zong
tetap tidak berganjak daripada syarat bahawa semua guru yang mengajar
Bahasa Melayu mesti boleh bertutur bahasa Mandarin. Apa kena mengena
pembelajaran Bahasa Melayu dengan penguasaan bahasa Mandarin? Malah jika
guru yang mengajar Bahasa Melayu tidak tahu bahasa Mandarin, keadaan
ini akan memaksa muridnya berusaha mempelajarinya untuk berinteraksi
dengan guru.
Kesimpulan yang boleh kita andaikan ialah puak Dong Zong dan
sekutunya tidak mahu menerima bahasa Melayu sebagai tonggak negara.
Mereka tidak mahu menerima usaha memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu
di SJKC kerana kononnya masyarakat Cina membantah. Mereka ini jugalah
yang berterusan melihat semuanya dari sudut perkauman sempit.
Selagi mereka tidak bersedia berperasaan terbuka, selagi itulah
syak wasangka terhadap puak begini tidak dapat diketepikan. Justeru,
orang Melayu tidak harus terpesong dengan kehendak melampau begini yang
tidak mahu menunjukkan mereka benar-benar adalah warga negara yang
mencintai negara sendiri dan sanggup mendukung tonggak kenegaraan dengan
menghormati bahasa kebangsaan.
Puak ini jugalah apabila dipersoalkan kesetiaan mereka terhadap
negara ini akan melenting kononnya mereka juga adalah rakyat yang setia
dan cintakan negara. Kesetiaan apa kalau bahasa negara sendiri pun
diabaikan dan seolah-olah tidak mahu mengiktirafnya?
Kini pihak berkuasa perlu pula mengadakan lagi kempen Bulan Bahasa
Kebangsaan yang dilancarkan semula pada 2010 untuk mempromosikan
kedudukan bahawa kita adalah “satu bahasa, satu bangsa dan satu negara”.
Puak yang tidak mengendahkan penggunaan bahasa Melayu sepatutnya berasa
malu dengan ratusan ribu rakyat asing yang selepas berada di sini
beberapa bulan saja sudah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.
Sepatutnya selepas begitu lama mencapai kemerdekaan, soal terhadap
tahap penguasaan bahasa Melayu oleh sesetengah rakyat tidak harus wujud
lagi. Mereka yang mengakui diri sebagai warga setia yang cintakan negara
tidak akan sesekali mengabaikan bahasa kebangsaan.
Penulis Felo Kanan di UKM
Penulis Felo Kanan di UKM
No comments:
Post a Comment