Kucing merah ditemui di Baram
Imej haiwan liar yang turut dikenali `bay cat’ itu dirakam di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela'an Linau yang keluasannya melebihi 56,000 hektar berhampiran Taman Negara Pulong Tau yang turut menjadi Jantung Borneo, membabitkan Malaysia, Kalimantan, Indonesia dan Brunei.
Haiwan terancam
"Imej kucing merah yang turut menjadi endemik di Borneo dirakam di dua lokasi di Gunung Murud Kecil iaitu pada September dan Oktober lalu oleh penyelidik di bawah kendalian IBEC.
"Kucing merah diklasifikasi sebagai terancam oleh Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di Sarawak mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998," katanya dalam satu emel yang dihantar ke BH, semalam.
Alek berkata, memandangkan hanya beberapa kawasan hutan di kawasan berkenaan menjadi habitat lima spesies kucing liar termasuk `hose's civet diplogale hosei’ yang dianggap endemik di Borneo, ia perlu dilindungi.
“Kita bimbang banjaran gunung berkenaan yang jadikan zon
perlindungan bagi tujuan pemuliharaan oleh syarikat Samling yang
mendapat konsesi pembalakan. Ia tidak diwartakan oleh kerajaan negeri,
jadi ia tidak dilindungi mengikut undang-undang,” katanya.
No comments:
Post a Comment