Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, October 13, 2012

‘Diam Ubi Berisi’


Keistimewaan SK Ulu Lubai


KELIHATAN seorang murid perempuan berjalan seorang diri sambil membawa bekalan makanan dalam beg plastik menuju rumah guru mereka tidak jauh dari sekolahnya.


Ketika dalam perjalanan, dia terserempak dua lelaki sebaya bapanya lalu mengucapkan ‘good day sir’ membuatkan langkah lelaki itu terhenti seketika sambil memandang ke arah murid itu. Istilah itu mempunyai maksud ‘selamat pagi’ dan perbuatan murid itu melambangkan sopan santun dan budi bahasa membuatkan lelaki berkenaan menyanjung cara mereka dididik.
sk-ulu-lubai

Menjadi amalan harian dan setiap kali terserempak sesiapa sama ada murid berkenaan kenal atau tidak, mereka menghulurkan ungkapan hormat itu.

Itulah keistimewaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai sehingga terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2.

SK Ulu Lubai adalah sekolah luar bandar pertama dinobatkan gelaran berkenaan oleh Timbalan Perdana 
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam sememangnya tepat pada masanya kerana di sebalik kedudukan jauh di kawasan pedalaman, ia menyingkap seribu rahsia selama ini.

Sekolah yang terdiri daripada 12 guru termasuk guru besar serta 39 murid adalah penghuni rumah panjang Tunggang, Pasir Panjai, di bahagian Limbang bukan seperti sekolah lain di bandar dan jika dibandingkan ibarat langit dengan bumi.

Tapi, menyedari bahawa pelajaran menjamin masa depan, mereka membuktikan setanding dengan sekolah lain di bandar yang lengkap kemudahan asas.
kehebatan-sk-ulu-lubai

Bukan senang sesebuah sekolah terutama di pedalaman menerima gelaran seumpama ini sedangkan untuk ke lokasi pun terlalu jauh.

Mengambil pepatah orang dulu, ‘diam ubi berisi’ antara subjek paling tepat dilontarkan kepada sekolah terbabit.

Tidak ada sesiapa mengetahui SK Ulu Lubai, 55 kilometer dari bandar Limbang adalah sekolah terakhir di hulu Sungai Lubai, mula menempah nama sebagai antara sekolah terbaik pada 1992 dengan merekodkan kelulusan 100 peratus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling manis apabila seorang murid meraih 5A dalam UPSR pada 2005 dan inilah kejayaan pertama sekolah ini dalam tempoh 41 tahun sejak dibuka pada 1964.

Pencapaian sekolah ini sentiasa meningkat dari segi peratusan dalam UPSR setiap tahun dan termasuk pada 2003 apabila mencatatkan kelulusan 100 peratus.

SK Ulu Lubai meneruskan kesinambungan pada 2007 apabila dua pelajar mendapat 5A daripada 6 calon yang menduduki UPSR dengan pencapaian 100 peratus.Seterusnya pada 2008, 2009, 2010 sekolah mencapai 100 peratus dan begitu juga dengan gred purata sekolah (GPS) meningkat. Contohnya GPS 2008 ialah 1.83, 1.53 (2009) dan tahun lalu, 1.20.

Guru Besar, Jaul anak Bunyau berkata, sejak penubuhan sekolah ini, banyak program diterapkan kepada murid termasuk menampal kata-kata semangat di setiap bangunan kayu.
kehebatan-sk-ulu-lubai


Delicious pasta,pizzas, paellas,tapas,chicken wings and desserts for you at only RM20 each at Chulo Restaurant & Bar .

Beliau berkata, walaupun kemudahan disediakan terbatas, komitmen murid sekolah ini amat baik kerana mereka menghormati dan menyanjung tenaga pengajar.

“Kejayaan sekolah adalah berdasarkan usaha semua pihak termasuk ibu bapa. Seperkara paling menarik apabila murid akan mengulangkaji pelajaran di rumah panjang pada setiap malam.

“Mereka ditemani ibu bapa masing-masing dan akan dipantau seorang guru. Cara ini amat berkesan dan mampu mendekatkan diri mereka dengan buku.

“Di rumah mereka, terdapat jawatankuasa belajar malam yang memerlukan setiap murid belajar sekurang-kurangnya sejam. Pendekatan ini dibuat sejak penubuhan jawatankuasa itu tiga tahun lalu,” katanya.

Pencapaian lain antaranya pernah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah terbaik dalam daerah dan bahagian Limbang sebanyak 46 kali, peringkat negeri (13) dan kebangsaan (5).

Sejak penubuhannya, kejayaan paling manis sekolah ini adalah Juara Anugerah Commanwelth Education Good Practice Awards dan kini menjadi pencalonan Unesco Education of International Best Practices 2010.

Dari segi kependidikan prestasi sekolah sebagai pusat keilmuan mampu dibanggakan berdasarkan kualiti peningkatan peratusan keputusan UPSR secara mendadak dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Bagi menyokong kenyataan itu, kira-kira 36.4 peratus dicapai pada 1999, meningkat kepada 55.6 peratus dua tahun berikutnya. Pada 2002, peningkatan mendadak kepada 77.8 peratus direkodkan sebelum menempa sejarah apabila semua pelajar lulus dalam UPSR setahun kemudian.

Bagaimanapun, prestasi itu tidak berkekalan apabila menurun kepada 80 peratus pada 2005 sebelum pencapaian kembali 100 peratus bermula 2006 hingga 2009. Sekolah ini banyak melahirkan murid berkebolehan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dan ramai juga sudah bekerja.

Pada mulanya, sekolah ini ditadbir majlis daerah sebelum diambil alih Kementerian Pelajaran dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Secara keseluruhan, kualiti pengurusan dan kependidikan di sekolah ini amat memuaskan walaupun sekolah ini sebenarnya menghadapi banyak kekurangan dari segi infrastruktur jika dibandingkan sekolah lain di bandar.

Dari segi pengurusan misalnya, sehingga kini guru besar dengan bantuan guru penolong kanan, guru dan kakitangan sokongan serta pembabitan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berjaya menjalankan tugas secara berkesan.

Sebagai contoh, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dirancang.
keistimewaan-sk-ulu-lubai

Kejayaan cemerlang murid dalam akademik dan kokurikulum menunjukkan wujud satu sistem pentadbiran cekap serta berkualiti.

Ini kerana tanpa pengurusan berkualiti, mustahil sesebuah organisasi terutama sebuah sekolah terpencil di pedalaman mencapai kejayaan membanggakan.

 Kecemerlangan dan kejayaan tidak dicapai secara kebetulan tanpa kerjasama dan usaha gigih dan mantap di kalangan guru dan masyarakat setempat.



Sumber: Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...