Antara Ilmu dan Harta
Sayyidina Ali berkata,
ilmu itu lebih utama daripada harta kerana :
1) Ilmu itu merupakan waris pusaka para Anbia’ dan Rasul sedangkan harta adalah pusaka dari Qarun, Firaun dan lain-lain.
2) Ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya sedangkan harta perlu dipelihara oleh pemiliknya.
3) Ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedang harta memperbanyak musuh dan lawan.
4) Ilmu apabila dikeluarkan, semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan.
5) Orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan kehormatan dan
kemuliaan dalam masyarakat seprti guru, doktor, jurutera dan lain-lain.
6) Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta dapat dicuri.
7) Orang-orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat syafaat dari
ilmu yang dikembangkannya sedangkan orang-orang yang berharta akan
dihisab dan diminta perhitungan dan pertanggungjawaban terhadap
pemakaian harta tersebut, adakah dia membayar zakat harta tersebut.
8) Ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis.
9) Ilmu membentuk pemikiran seseorang menjadi cerah dan hatinya terang
benderang manakala harta lebih banyak membuat fikiran pemiliknya kacau
bilau dan hatinya menjadi kesat. Ilmu membuka fikiran, dapat menilai dan
menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
10) Ilmu yang mendatangkan manfaat merupakan pahala sedangkan harta lebih banyak menimbulkan saling sengketa, azab dan siksa.
No comments:
Post a Comment