Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, September 30, 2012

Sedikit sahaja diajar..fahamnya banyak,luas dan mendalam.

 
 
Sedikit sahaja diajar..
 fahamnya banyak,luas dan mendalam



 
 
 

Para Sahabat di zaman awal Islam,
 sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW,
 mereka dapat faham dengan banyak, 
luas dan mendalam. 



Segala apa yang Rasulullah ajar, 
mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia
 menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh.

 

Berlandaskan ilmu yang diajarkan
 oleh Rasulullah SAW itu juga para sahabat
mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat Al Quran. 




Sayidina Ali k.w.j. Contohnya,
 mampu mengupas Surah Al Fatihah
 hinggakan kalau tiga ratus ekor unta pun 
tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab
 kupasan dan tafsirannya itu.

 


Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya atau sabdanya ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan penuh berisi.



 Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang. Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu.



Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit Tabiin, kerana hati mereka bersih, ramai yang dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu.



 Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan, sains dan sebagainya. Tambahan pada itu ramai di kalangan mereka yang dapat menguasai berbilang-bilang ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum Islam, mereka hanyalah pengembala-pengembala kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka.

 

Dengan didikan Rasulullah SAW, 
insan mereka terbina, hati dan roh mereka menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, 
mengupas, menyaring dan menterjemah 
berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. 



Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu. 



Cara kedua untuk mendapat faham banyak
 dari ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Ada hadis yang mengatakan:
  

Maksudnya: 


"Barangsiapa 

mengamalkan

 ilmu yang dia tahu, 

Allah akan ajarnya

 ilmu yang dia tidak tahu."

 

Ada kata-kata hukama yang berbunyi:
  

Maksudnya: 


"Hidupnya ilmu kerana amal."
  

Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari 
(ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan,
Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah 
(ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini
 tidak perlu belajar.
 Allah SWT akan jatuhkannya
 terus ke hati kita. 
Ilmu ini dinamakan juga 
ilmu ilham atau ilmu laduni.

 [learning_pyramid.jpg]




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...