Kementerian Pelajaran nafi
hanya 260 guru dihantar ke SJKC
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan sebuah pertubuhan pendidikan Cina kononnya hanya 260 guru terlatih dihantar bertugas ke sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata sebenarnya seramai 837 guru terlatih telah dihantar bertugas ke SJKC di seluruh Malaysia dan mereka ini akan memulakan tugas pada Isnin ini.
"Walaupun mungkin yang diberikan oleh kita adalah sebanyak 28 kerusi dan meja tetapi yang mereka minta adalah sebanyak 50 buah, ini menunjukkan kita memberinya tetapi dakwaan mereka ialah kita langsung tidak pernah memberi apa-apa bantuan.
"Ada juga yang mendakwa sudah lima tahun kita tak pernah beri apa-apa, ini tidak benar sama sekali. Yang terbaru kita telah serahkan kerusi meja baru kepada SJKC tersebut dan ia sudah diperakukan oleh guru penolong kanan sekolah itu," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment