Johor idam pulang 20 emas
JOHOR BAHRU - Johor menyasarkan sekurang-kurangnya 20 pingat emas pada Sukan Malaysia XIV di Kuala Lumpur, Khamis depan.
Ketua Kontinjen Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, pasukannya yakin mampu mencapai sasaran tersebut berdasarkan prestasi, pencapaian dan cabaran yang mampu dihadapi.
"Kita realistik dalam sasaran ini setelah mengukur kemampuan dan kebolehan kontinjen Johor berdasarkan pengalaman tahun lalu, di mana kita menyasarkan 35 pingat tetapi berjaya mendapat 40 emas.
"Selain itu, kita juga menyasarkan posisi empat terbaik pada temasya kali ini,'' katanya pada majlis penyerahan bendera Johor kepada kontinjen negeri itu di Dewan Komples Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, kelmarin.
Penyerahan itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sukan negeri, Jais Sarday kepada Samsol sambil disaksikan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Ramli Abdul Rahman.
Samsol berkata, Johor menghantar sebanyak 344 atlet yang bakal bertanding dalam 18 sukan, antaranya bina badan, bola baling, bola keranjang, kriket, kabbadi, ragbi, tenis, judo dan futsal.
No comments:
Post a Comment