Nama Drama/Filem : Parit Jawa
Arahan: Tunku Mona Riza
Pelakon: Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh
Mula Siaran : 1hb Dis 2011 di Astro Box-Office Tayangan Hebat (Astro 952)
Dengan hanya RM9.95, untuk melanggan, sila hubungi 1300823838 atau sila ke Saluran 130 dan tekan butang merah.
SINOPSIS TELEMOVIE PARIT JAWA
Parit Jawa yang dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Jawa ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Penonton berpeluang untuk menyorot perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di usia tua mereka bersama anak-anak.
Setelah Sapian meninggal dunia, Tuminah menjadi semakin risau akan keluarga mereka yang semakin kucar-kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan hak tanah pusaka peninggalan keluarga mereka dengan setiap daripada mereka memasang strategi dan agenda sendiri tanpa mepedulikan ibunya yang masih hidup.
Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah bapa mereka. Berbeza Arman dan Jalal yang masing-masing inginkan tanah pusaka itu terus menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah-belahkan tanah pusaka itu.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlaku satu tragedi yang menimpa keluarga tersebut, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak untuk menjual tanah pusaka itu. Yang tinggal hanyalah Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka warisan keluarga mereka itu.
Drama Parit Jawa bakal disiarkan
di saluran Astro Box-Office
Tayangan Hebat (Astro 952) mulai 1 Disember ini.
Orak ilok, bermaksud “tidak baik” merupakan perkataan yang sering dituturkan oleh orang tua terutamanya ibu bapa dalam masyarakat Jawa untuk melarang anaknya daripada melakukan sesuatu perkara.
Namun seringkali terjadi konflik, seperti yang wujud dalam masyarakat lain juga tentang perihal anak-anak yang sering ingkar pada nasihat ibu bapa.
Begitulah yang ditonjolkan dalam supertelemovie, Parit Jawa yang akan ditayangkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (Saluran 952) mulai 1 Disember ini.
Supertelemovie terbaru arahan Tunku Mona Riza itu bukan sahaja menawarkan jalan cerita yang cukup dekat dengan hati masyarakat Melayu iaitu tanah pusaka, malah drama tersebut bakal menjanjikan kepuasan kepada penonton dari setiap aspek, lakonan, muzik dan visual.
Parit Jawa merungkai masalah tanah pusaka dan jati diri di kalangan masyarakat Jawa. Keresahan ibu dan bapa yang berdepan dengan penghujung hayat mereka namun masih berpegang teguh pada adat dan budaya Jawa mereka agar dapat terus mengalir pada keturunan mereka.
Pada waktu yang sama, bersediakah anak-anak mereka untuk meneruskan darah Jawa demi mempertahankan tanah pusaka milik keturunan mereka? Pergolakan mula tercetus apabila bapa mereka meninggal dunia, namun abang sulung yang menggalas tugas sebagai ketua baru keluarga menyimpan impian untuk mendapatkan semula tanah pusaka yang telah tergadai.
Konflik sesama adik-beradik mula tercetus. Apakah tanah pusaka itu dapat dipertahankan? Adakah darah Jawa yang diwarisi masih membara atau mereka telah berubah menjadi orang lain?
Parit Jawa yang menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh boleh GUA anggap sebagai ensemble dalam drama terbaik pernah dihasilkan.
Mutu lakonan setiap pelakon, walaupun memegang peranan yang kecil tetapi kesannya cukup besar. Jelas sekali ditampilkan oleh tiga pelakon wanita yang memegang peranan sebagai adik-beradik kepada Arman (Eman Manan), Husni (Nam Ron) dan Jalal (Zahiril) iaitu Saniah (Rashidah Jaafar), Maimun (Safura) dan Samsiah (Khaty Azian).
No comments:
Post a Comment