Cukup mengecewakan: Kim Swee
ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin.
Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.
“Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?”
Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.
“Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.
“Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham,” katanya.
Baca lagi di sini Berita Harian Online
Hati-hati provokasi Indonesia - Hamidin
JAKARTA - Pengurus Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd. Amin menuntut barisan pemainnya fokus sepanjang aksi final menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Menurut Hamidin, skuad kendalian Ong Kim Swee tidak harus terikut-ikut dengan sebarang provokasi melampau daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda itu.
Bagi Hamidin, barisan pemain negara harus berjuang habis-habisan bagi memburu pingat emas, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimena- ngi pada Sukan SEA 2009 di Vientianne, Laos.
"Saya rasa pemain-pemain sudah cukup arif dan faham dengan apa yang akan mereka hadapi esok (malam ini). Ini bukan kali pertama mereka beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia.
"Sebelum ini di peringkat kumpulan, para pemain telah mengharungi situasi yang sama, tidak kira ketika menentang Indonesia atau pasukan lain. Jadi, situasi yang sama akan hadapi esok (malam ini).
"Jadi saya berharap para pemain tidak terlalu me- ngikut emosi sekiranya mereka diejek oleh penyokong Indonesia. Yang penting mereka fokus sepan- jang perlawanan berlangsung," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam.
Teruskan membaca di sini Kosmo! Online
Pertembungan maruah
JAKARTA 20 Nov. – Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun ‘semangat 1979’ menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.
Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.
Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.
Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.
Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.
Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.
Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.
“Tidak banyak yang boleh saya lakukan kerana masalah ini, saya terpaksa menurunkan pemain yang ada. Mujurlah Thamil dan Yong boleh beraksi di mana-mana posisi depan.
“Thamil dan Yong saya harap dapat mengimbangi kepantasan sayap kiri Indonesia menerusi pemain mereka Octovianus dan sayap kanan mereka, Titus Bonai.
“Kita tidak boleh ambil kira perlawanan dengan Indonesia sebelum ini kerana skuad mereka esok pasti sama sekali berbeza,’’ kata Kim Swee. - Utusan
Lebih sengit dari di Laos
JAKARTA - Sebagai tonggak yang membantu Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA dua tahun lalu, kapten skuad negara, Baddrol Bakhtiar mengakui, cabaran untuk mempertahankan kejuaraan kali ini jauh lebih sukar berbanding ketika memenanginya di Laos, menewaskan Vietnam di final.
Jelas pemain sayap berusia 23 tahun itu, pertarungan kali ini bukan saja memerlukan Malaysia berdepan pasukan kuat Indonesia, malah dikelilingi penyokong fanatik negara itu yang melakukan pelbagai serangan psikologi untuk menjatuhkan semangat pemain kita.
Biarpun berjaya menumbangkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Khamis lalu, namun Baddrol mengakui, pertemuan kali kedua dalam tempoh lima hari jauh berbeza, apatah lagi Indonesia pasti cuba bangkit membersihkan maruah yang tercalar.
"Final di Jakarta ini memang sukar dan sengit, sudah tentu pengalaman kali ini lebih mencabar berbanding apa yang kami lalui di Laos, dua tahun lalu. Pertamanya kami terpaksa menghadapi ribuan penyokong fanatik mereka.
Berita penuh di sini Utusan Malaysia Online
Pesawat khas bawa Harimau Muda
JAKARTA - Sebuah kapal terbang khas akan membawa pulang skuad bola sepak negara ke tanah air sejurus tamat aksi me- nentang Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.
Menurut Ahmad Shabery, keputusan untuk membawa pulang barisan Harimau Muda dengan pesawat komersial itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini.
Ia bertujuan memberi ruang masa kepada skuad kendalian Ong Kim Swee itu berehat sebelum mereka berdepan dengan Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok (23 Novem- ber).
Teruskan membaca di sini Kosmo!Online
Detik kemuncak buruan emas
JAKARTA - Stadium Gelora Bung Karno kembali menanti kunjungan Harimau Muda.
Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.
Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.
Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.
Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada.
Berita penuh di sini Kosmo!Online
Pengalaman taruhan skuad Harimau Muda
JAKARTA - Tampil selaku kapten Harimau Muda, tugas dan tanggungjawab Baddrol Bakhtiar dianggap lebih besar berbanding rakan- rakan sepasukannya.
Tambahan pula, Baddrol merupakan antara pemain senior yang masih membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA kali ini.
Justeru, pengalaman Baddrol serta lima lagi rakannya - Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy - ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, amat di- tagih barisan pemain Harimau Muda bagi menghadapi Indonesia di pentas final malam ini.
Kosmo! Online
Izzaq sedih bercampur gembira
|
IZZAQ disahkan tidak dapat beraksi pada aksi final menentang Indonesia
malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya.
JAKARTA - Perasaan gembira bercampur sedih bermain di lubuk hati penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan tatkala Harimau Muda mengesahkan kemaraan ke pentas final.
Apa tidaknya, Izzaq disahkan tidak dapat beraksi pada saingan final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialami ketika Harimau Muda membenam Myanmar 1-0 dalam aksi se- paruh akhir kelmarin.
Turun sebagai pemain gantian, Izzaq yang masuk menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-72, terpaksa dikeluarkan di penghujung perlawanan selepas bertembung dengan pertahanan Myanmar, Yang Aung Win.
"Saya cukup sedih kerana tidak dapat beraksi pada final menentang Indonesia esok (malam ini) tetapi dalam masa yang sama, saya gembira kerana kita layak ke final.
"Itu yang menyebabkan perasaan saya bercampur sedih dan gembira ketika ini. Siapa yang tidak mahu beraksi di final selepas apa yang kami harungi sebelum ini," jelas Iz- zaq kepada Kosmo! semalam.
Biarpun tidak dapat beraksi malam ini, Izzaq tetap yakin barisan penggempur negara, terutamanya Ahmad Fakri Saarani mampu melaksanakan tugas dengan baik pada pertemuan menentang Indonesia.
Media Indonesia bakar semangat penyokong
JAKARTA - 'Akhiri dendam 32 tahun', 'Tragedi 1997 Jangan Terulang', 'Ulangi prestasi SEA Games 1991' dan 'Garuda Muda siap robek Malaysia'.
Itu antara tajuk utama akhbar-akhbar Indonesia menjelang aksi final antara Hari- mau Muda dan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Ternyata 'permainan' tajuk utama akhbar- akhbar berkenaan telah membangkitkan keghairahan dan semangat para penyokong In- donesia untuk sekali lagi menggamatkan gelanggang keramat tuan rumah itu.
Bagi mereka, tiada gunanya muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2011 andai Sang Garuda Muda gagal meraih pingat emas dalam acara paling berprestij temasya dwitahunan itu.
Teruskan membaca di sini...
Cowok Ganteng: 'Bersatu dan bangkit' - tak termasuk Malaysia
BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia. Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.
Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.
Teruskan membaca ...Berita Harian Online
SERIUS...Kim Swee(kanan)
memberi arahan kepada pemain
di hotel penginapan, semalam.
SKUAD negara berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada final hari ini, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok (hari ini), persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.
Mengulas mengenai final bermula jam 8 malam ini, Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi terbaik dan mencipta kemenangan esok.
“Esok (hari ini) kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih terbaik di Asia Tenggara,” katanya.
Hamidin berkata Indonesia pasti lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan di arena sendiri.
myMetro
No comments:
Post a Comment