MOHD Nizam menunjukkan pingat emas silambam
kategori 38-43kg lelaki yang dimenanginya, semalam.
SUKMA XIV KL: Johor kekal dahului pungutan pingat
Oleh Jumiati Rosly, Sukhairi Abd Thani dan Nora Mahpar
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/05
Terengganu berada di tangga kedua, NS buat kejutan lonjak ke kedudukan ketiga.
JOHOR masih lagi di puncak teratas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011 dengan mengumpul sembilan pingat emas, enam perak dan satu gangsa.
Dua lagi pingat emas dihasilkan menerusi sukan kenu - 500M lelaki K1 dan lawan pedang - sabre individu lelaki.
Terengganu berada di tangga kedua dan semakin merapatkan jurang dengan jumlah pungutan pingat emas yang sama namun dibezakan dua pingat perak berbanding Johor.
Begitupun, Negeri Sembilan yang pada hari kedua temasya edisi ke-14 hanya memungut satu gangsa dan berada di tangga ke-11 membuat kejutan apabila kini menghuni tangga ketiga dengan memungut enam emas, dua perak dan lima gangsa.
Seperti yang dijangka, acara sukan subjektif menimbulkan kontroversi membabitkan pemarkahan juri dan semalam pasukan silambam Negeri Sembilan tidak berpuas hati dengan keputusan acara 38-43kg lelaki sehingga menyebabkan skuad itu memulau majlis penyampaian hadiah.
Atlit berkenaan, M Inderjith tewas 0.2 mata berbanding juara dari Sabah, Mohd Nizam Jamal yang mengumpul 32.6 mata sekali gus menimbulkan kekecohan antara ketua jurulatihnya, N Mooralitharan yang juga bapanya dengan pegawai teknikal.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA 2011, Datuk Ab Jalil Abdullah, berkata dia kecewa dengan tindakan memalukan jurulatih itu bersama pengerusi Persatuan Silambam Negeri Sembilan, Rasu Maniam yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada atlit muda.
Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment