Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, June 10, 2011

KEM LITTLE CHAMPS







    KEM LITTLE CHAMPS KLUANG





    Program Kem Little Champs adalah bertujuan

    untuk memberi pendedahan kemahiran asas sukan

    kepada kanak-kanak yang berusia 7 hingga 11 tahun

    yang berpotensi di daerah Kluang, Johor

    yang mana melibatkan 10 buah sekolah rendah

    di sekitar Kluang.



    Seramai 200 orang kanak-kanak

    daripada 3,000 orang telah terpilih

    mengikuti Kem Little Champs peringkat Kluang, Johor.



    Kem Little Champs ini mempunyai kesinambungan

    daripada program Tunas Gemilang

    yang telah diadakan pada

    22 - 25 Mac 2011 yang lalu.



    Kem Little Champs bermula pada

    6 hb hingga 10 hb Jun 2011

    bertempat di SMK Tun Hussein Onn,

    Kluang, Johor.



    Terdapat empat jenis sukan

    yang akan dijalankan sepanjang kem

    iaitu bolasepak, hoki, mini olahraga dan memanah

    dimana panel-panel jurulatih akan turut hadir

    bagi melatih dan memberi penilaian

    terhadap peserta-peserta.



    Kem ini dirasmikan oleh

    Y.B Senator Tuan Gan Ping Sieu

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan

    dan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Ramlan Abdul Aziz,

    Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Malaysia

    sebagai penaung program.



    Visi:



    “Mengenalpasti Bakat-Bakat Muda


    Yang Berpotensi Di Seluruh Negara”



    Misi:



    “Menguji Dan Mengenalpasti Bakat-Bakat Muda


    Yang Berpotensi Di Seluruh Negara


    Melalui Ujian Tunas Gemilang, Cari Juara,


    Perlaksanaan Program Asasi Atlet Multi Lateral


    Serta Penggalakan Sukan Secara Berterusan”



    OBJEKTIF KEM



    Penganjuran Kem Little Champs adalah bertujuan


    untuk mencapai objektif berikut:-



    1. Memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan daripada peringkat umur rendah.


    2. Memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan amalan sains sukan kepada kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan.



    3. Memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan peserta.



    4. Menanam dan mengamalkan kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang.





    5. Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibubapa yang aktif secara berterusan.




    " 1 BELIA 1 MALAYSIA "



















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...