Buah hidangan pemula
BANYAK KHASIAT...
buah-buahan membekalkan pelbagai jenis zat
seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium.
SEGAR...
amalkan rutin membeli pelbagai jenis buah-buahan
supaya tidak jemu.
TIDAK suka buah-buahan?
Malas membeli dan jarang sekali menu buah-buahan ada dalam hidangan di rumah.
Buah-buahan pun hanya disentuh ketika dijamu orang lain atau ketika menikmati hidangan bufet.
Memang sangat rugi jika tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan buah yang begitu banyak sekali khasiatnya. Bukan itu sahaja, buah sering dikatakan pembantu yang baik dalam mengekang obesiti daripada menimpa diri manusia.
Gaya hidup sihat bukan hanya dikaitkan dengan tabiat rajin bersenam tetapi juga mengamalkan pemakanan berhemah.
Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.
Kebanyakan buah-buahan mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium.
Buahan-buahan juga berserat tinggi yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan saja mudah disediakan malah mudah dihadam.
Sebenarnya ramai yang mengetahui kelebihan yang ada pada buah-buahan tetapi tidak berdisiplin mengambilnya.
Marilah melatih diri supaya menyukai buah dan memakannya secara rutin. Tanamkan azam supaya buah sentiasa ada dalam menu makan setiap kali dan sangat elok dijadikan kudapan ketika menunggu waktu makan utama.
Resepi salad buah-buahan
(sesuai untuk enam orang tetamu)
Bahan:
2 biji epal hijau (dipotong dadu)
2 biji epal merah (dipotong dadu)
1/2 kilo anggur merah
1/2 kilo anggur hijau
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 nanas (dipotong kiub)
3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
3 cawan yogurt (perisa yang disukai)
Cara penyediaan:
Semua buah-buahan digaul
dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk.
Hidang setelah tetamu datang dan makan bersama-sama.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Buahhidanganpemula/Article
Assalam Roha..menu akak setiap hari wajob ada buah2an..betik ke pisang ataupun..tembikai..rasa tak lengkap kalau tak dapat makan walaupun sepotong untuk sehari..
ReplyDeleteWaalaikummussalam wbt Kak Erna.
ReplyDeleteBetul tu kak. Sehari sepotong buah pun Alhamdulilah. Dah kira ok la tu akak... daripada tak makan buah langsung. Tak makan buah rasa macam kurang sesuatu aje kan kak. Tak segar aje rasanya.Badan pun nak kena segar selalu caranya banyak makan buah dan minum air masak. Jom Kak Erna kita amalkan " Makan Sepotong Buah Sehari ".
assalamualaikum cikgu...
ReplyDeletepenat tau aku skrol sampai bawah nk tgk gambar buah punya hal.
:)
.