Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, December 17, 2010

Penempatan Semula Guru Kerana Kekurangan Kritikal Guru BI


Penempatan Semula Guru

Kerana

Kekurangan Kritikal Guru BI



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru BahasaInggeris (BI) yang amat kritikal di kedua-dua daerah.



Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, guru-guru yang ditempatkan semula itu adalah dari daerah yang terdapat lebihan guru Bahasa Inggeris dengan ketara seperti daerah Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama dan Hulu Langat.



"Pengisian jawatan guru di sekolah-sekolah sepatutnya mengikut keperluan opsyen, tetapi didapati taburan guru tidak seimbang antara sekolah dalam daerah, begitu juga taburan guru antara daerah dalam negeri dan antara negeri.



"Pelaksanaan penempatan semula ini merupakan satu langkah proaktif untuk memastikan dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya," menurut kenyataan itu.



Penempatan semula itu turut melibatkan guru-guru opsyen Bahasa Malaysia yang berlebihan di daerah seperti Sabak Bernam dan Kuala Langat yang perlu digerakkan ke daerah-daerah lain.



Menurut Kementerian Pelajaran, semua guru terlibat diberi peluang untuk membuat rayuan dan setiap rayuan yang dikemukakan diberi penelitian dan pertimbangan sewajarnya.



Dalam satu laporan media Khamis, 100 orang guru, terdiri daripada 84 guru BI dan 16 guru BM melahirkan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.



Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), langkah penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan memohon agar kerajaan menimbangkan semula langkah daripada segi faktor jarak, keluarga dan kesihatan. - BERNAMA




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...