Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, November 7, 2010

Pelajar Kelantan Dapat Netbook



40,000 netbook untuk pelajar di Kelantan



Pelajar sekolah di Kelantan akan menerima 10,000 netbook menerusi fasa pertama Program Pemberian Netbook 1Malaysia di negeri itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pengagihan akan dibuat secara berperingkat bermula di sini hari ini, dan akan diperluas ke seluruh negeri mengikut daerah.

"Ini fasa pertama dan fasa kedua akan melibatkan sejumlah 30,000 netbook lagi.

"Ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah program Pemberian Netbook 1Malaysia sebanyak satu juta unit kepada pelajar dengan nilai keseluruhan RM1 bilion," katanya kepada pemberita selepas penyerahan netbook kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di sini.

Seramai 1,500 pelajar dari sekolah menengah di daerah ini menerima netbook tersebut hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, pemberian netbook itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar pada kalangan isi rumah di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Di Kelantan, sasaran ditetapkan pada 27 peratus dan sehingga Oktober lepas, penembusan jalur lebar di sini sudah mencapai 20 peratus, katanya. - Bernama


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...