Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, November 24, 2010

Kem cuti sekolah perdana 19-25 Disember 2010.



YSNS anjur




kem cuti sekolah



perdana




19-25 Disember




REMBAU 23 Nov. - Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) mempelawa kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 9 hingga 12 tahun dari seluruh negara menyertai program perdana 'Tafaqquh Fi al Din' yang akan berlangsung di Kompleks YSNS di sini bermula 19 hingga 25 Disember depan.

Penyelaras program, Fazli Samsudin berkata, Tafaqquh Fi al Din ibarat 'Summer Camp' yang diadakan khusus bagi memenuhi musim cuti persekolahan para pelajar dengan pengisian yang bercorak keagamaan dengan mengaplikasikan kaedah pengajian secara tradisi ulama.

''Program tahunan yang dianjurkan YSNS ini telah mendapat sambutan baik dan pada kali ini, kita berhasrat menjadikan ia satu penyertaan yang lebih besar dengan mempelbagaikan aktiviti mereka sepanjang berada di dalam kompleks ilmu ini.

''Objektif aktiviti ini melahirkan generasi Muslim yang berpegang teguh dengan akidah Islam yang sahih dan tidak mampu dirobek dalam apa juga keadaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kompleks YSNS, Kampung Bukit Sembilan, Chengkau dekat sini hari ini.

Katanya, sepanjang program itu berlangsung, peserta akan ditempatkan di asrama pelajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di sini dengan diawasi petugas, fasilitator serta jawatankuasa YSNS.

''Kita mahu peserta cilik berusia dari 9 hingga 12 tahun ini apabila berjaya mampu mendukung cita-cita membangunkan negara tanpa mengabaikan keseimbangan antara rohani dan fizikal," ujar Fazli.

Tambahnya, pada program tahun ini, pelbagai perubahan telah dilakukan untuk menjadikan ia lebih menarik, selain menjangkakan lebih banyak penyertaan untuk memperbanyakkan program 'pelancongan ibadah'.

''Modul latihan yang kita ajar dalam kem percutian ini adalah praktikal solat, bacaan yang betul, mempelajari sebutan betul 26 huruf hija'iyyah, selain aspek 'tahsin', tajwid dan mengenali sebutan yang mencacatkan bacaan surah al-Fatihah dalam solat," katanya.

Selain itu, peserta akan dipasakkan dengan prinsip asas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan pendekatan yang mudah difahami, selain menghampirkan peserta dengan kecintaan kepada Allah dan Rasullullah.

Tambah Fazli, untuk tahun ini juga kita membawa konsep rekreasi luaran di mana peserta akan dibawa dengan bas ke Zoo Melaka untuk menyertai satu aktiviti yang disebut 'Islamik Eksplorace', selain satu lagi aktiviti 'Mencari Harta Karun di Kolam Air Panas'.

Sehubungan itu, Fazli berkata, ibu bapa yang berhasrat menghantar anak mereka menyertai program itu akan dikenakan yuran meliputi pendaftaran, makan, asrama, kitab dan bahan pengajian sebanyak RM350 seorang.

Mereka yang berminat memohon masuk ke kem percutian ini boleh menghubungi Fazli, di talian 013- 7137752 atau 017-6047058 (Nor Azura) dan 017-6775431 (Hannef).


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...