CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI
Artikel daripada pakar howto mengenai babi. Beberapa maklumat yang perlu dibaca dan direnungi terutama umat Islam. Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.
“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.
Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.” – Sumber berita dari Reuters
Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.
Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangankulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah agar kita tidak tertipu dengan barangan datang dari wogok itu.
-tapi kalau titik 3 tidak seragam, ia bukan kulit babi
Info tambahan:
-apa2 berus kalau bulunya bercabang di hujung,
kompom dari bulu babi
so pilih la berus yang bulunya tidak bercabang walaupun berwarna-warni atau mahal…
terima kasih…
No comments:
Post a Comment