Cerita cerita cerita cerita cerita......
ceritalah lagi
Ceritanya
tentang kisah seorang raja
yang putus jari tangannya
kerana tertembak
senapang sendiri.
Begini ceritanya;
Apabila
melihat raja mengerang kesakitan,
pembantu raja berkata,
“Baguslah jari tuanku putus.”
Raja murka
yang teramat sangat lalu
memerintahkan agar
si pembantu itu
dipenjarakan.
Selang beberapa lama,
pada suatu hari
sang raja pergi berburu seorang diri
tanpa pembantunya yang setia itu.
Tiba-tiba
segerombolan orang asli
menangkapnya untuk dibunuh
dan
dijadikan korban
untuk dipersembahkan
kepada tuhan mereka.
Semasa hendak menyembelihnya,
mereka dapati
dia bukan seorang mangsa
yang sempurna
kerana jarinya cacat,
oleh itu
tidak boleh dijadikan korban.
Sang raja
dilepaskan dan baginda
terus berlari pulang.
Baginda mula berasa kesal
atas perbuatannya
memenjarakan
pembantunya yang setia
selama ini
hanya kerana berkata,
”Baguslah jari tuanku putus”.
Kalau bukan
kerana jarinya putus
sudah tentulah
dia sudah menjadi
korban orang asli itu.
Sang raja
terus pergi ke penjara
untuk meminta maaf
kepada si pembantu.
Baginda menceritakan
pengalamannya yang hampir
dibunuh di dalam hutan.
Baginda hairan
kerana pembantunya itu
hanya berkata,
“Baguslah tuanku penjarakan saya.”
“Eh, kenapa
kamu sentiasa menyebut ‘baguslah’
pada setiap apa yang berlaku?”
“Kalau patik
tak katakan ‘baguslah’
semasa tuanku putus jari dulu,
tuanku tidak akan
memenjarakan patik
dan
patik akan ikut
bersama tuanku memburu.
Kita akan sama-sama
kena tangkap.
Tuanku akan dilepaskan
oleh orang asli itu
kerana
jari tuanku cacat
tetapi
patik akan dikorbankan
kerana
patik tidak cacat.”
Dalam kehidupan ini,
segala yang berlaku
kita kena sebut
‘baguslah’
sebab
akan ada hikmah
pada setiap
yang berlaku itu.”
No comments:
Post a Comment