|
|
KALAU dilihat daripada raut wajahnya, kita dapat mengagak usia lelaki itu dalam lingkungan awal 20-an. Bahkan pasti ada yang meneka lelaki itu seorang pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tetapi siapa sangka, Sheikh Mohd. Zaki Sheikh Abdul Rahman, 22, sebenarnya seorang guru penolong kanan di sekolah persendirian Sekolah Sri Aeysha, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Memilih profesion perguruan kerana minat yang mendalam, Sheikh Mohd. Zaki pernah ditawarkan menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Russia Medical State of University, Rusia selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, beliau menolak.
"Tidak sangka pula dapat menyandang jawatan sebagai guru penolong kanan," kata anak ketiga daripada lima beradik itu yang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Sains. Sheikh Mohd. Zaki juga pernah juga mendapat Vise President Peringkat Universiti (PENITI 4) yang merupakan sijil bagi pelajar yang mendapat purata markah CGPA 3.75 antara tujuh buah negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Malaysia, New Zealand, South Africa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Zaki yang memperoleh 11A di dalam SPM juga tidak mengikuti mana-mana kursus perguruan sebelum menyandang jawatan tersebut.
GenK mengajukan lima soalan kepada Sheikh Mohd. Zaki.
Bagaimana anda memperoleh jawatan guru penolong kanan pada usia 22 tahun?
Kebetulan selepas tamat belajar, ibu bapa menyarankan saya untuk memohon jawatan guru di Sekolah Sri Aeysha yang dekat dengan rumah kami. Selepas seminggu memohon saya dipanggil untuk temuduga.
|
|
Apakah cabaran yang dihadapi selama menjadi guru dan guru penolong kanan?
Cabaran atas faktor umur. Kalau hendak ikut persekitaran, guru yang mengajar jauh daripada jarak umur saya. Sebagai guru penolong kanan saya juga perlu memberi arahan kepada mereka.
Selain itu, kebanyakan pelajar yang belajar di Sekolah Sri Aeysha terdiri daripada pelajar antarabangsa. Antaranya ialah Australia, Amerika Syarikat (AS), Asia Barat dan lain-lain.
Saya juga mencari pendekatan kepada pelajar-pelajar yang berbeza latar belakang terutama dari segi komunikasi.
Apakah tugas-tugas sebagai seorang guru penolong kanan?
Saya perlu menyediakan jadual untuk setiap guru dan kokurikulum.
Saya juga akan menentukan sukatan pelajaran tahunan sama ada perlu menurunkan gred stau menaikkan gred peratusan mengikut kemampuan pelajar.
Pada masa yang sama saja juga mengajar Matematik untuk pelajar tingkatan tiga dan Matematik moden untuk pelajar tingkatan empat dan lima.
Apakah pengalaman pahit selama bekerja?
Paling gembira selepas pelajar dapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tip kepada remaja?
Kena berani mencuba apa jua yang diingini di dalam hidup. Tidak ada apa yang mustahil untuk diperoleh.Bagi remaja yang berminat menjadi guru pula, kena bijak membahagikan masa selain mengajar dengan niat baik dan tekun. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
wah...ni la org cakap tuah manusia siapa tahu...
ReplyDeleteapsal aku tanye budak bacth dia, dia ni menipu. bukan presiden fakulti sains...fakta biar betul
ReplyDeletehai.... juz wanna share some info....
ReplyDeletei'm an UPM's student... and i use to be this boy's friend... and i know him quit well.
well, there is no such thing like anugerah peniti for kecemerlangan or presiden fakulti sains... trust me...
may someone from that school confirm that he is really a penolong kanan there????
percayalah....gi tanye bdk2 satu kolej ngan dia..msti semua kata dia menipu...wartawan kosmo ni pun wat crite tak tgk fakta ke auta
ReplyDeletetidak wujud sijil kecemerlangan peniti 4...yang ada cuma PENITI V, yg merupakan pertandingan pidato kepemimpinan harmoni fifth yg dianjurkan oleh Kolej Kelima UPM...hampir 90% dari apa yg di atas adalah tidak benar...zaki jgk tak pernah jadi presiden...
ReplyDeleteassalamualaikum.. saya upm student. kawan zaki. saya kenal die since we're in matric. nway, he's liar. xde peniti 4 juz peniti V. kami jugak satu fakulti yg sama. jabatan yg sama. for ur information, die xdpt abiskan pn die pnye stdy in upm. saya jugak antara org yg trlibat secara lgsung dgn peniti V. peniti adalah salah satu pertandingan pidato and he's one of the representative for our college. tp xmenang pn. and the fact is peniti V hanya ada 2 peringkat iaitu interkolej and intervarsiti. xsampai peringkat international pn. so terserah pd sesiapa yg membaca utk menilainya..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya nie salah seorang guru penolong kanan termuda tu.betul ke apa yang korang cakap nie, rasa macam risau lah pulak, kesannya kelak bukan hanya pada sekolah tapi seluruh warga pendidik.macam mana saya nak konteks geng2 upm nie semua, saya nak tau juga apa2 yang patut mengenai guru muda ini.
pergi kolej kelima upm....tanya pada pengurusan kolej termasuk felo-felo disana....tapi pelik lah pihak sekolah tak buat semakan ke...trs main amik sbb gune kabel. Mcm mana nk hasilkan murid berjaya...dh ramai ke anak murid yang kene tipu sbb masuk sekolah yang so call the best school smpi bleh masuk kosmo...pelik dunia sekarang, sanggup memperjudikan pelajaran anak bangsa demi duit...nnti yang rugi anak bangsa sendiri.....
ReplyDeleteregard
senior K5
tak kan baru nk riso skarang...dulu masa lantik tak riso ke....mustahil tak double check back-ground.....atau pengurusan hanya 'tangkap muat'
ReplyDeletesaya bru check di sekolah tmpat dia mngajar,mmg betol dia mnejadi penolong kanan di sana..ada sesiapa yang dengki ye?tak baik dengki sesama islam ni..
ReplyDeletemmg la dia jadi penolong kanan di sekolah tu. org petikaikan pencapaian2 yang dia cakap dia dpt di upm dulu. bukan jawatan dia skarang. sekolah swasta siapa2 dia bleh amik. budak tak bhs degree pun dia bleh amik. apalah ko ni. bukan dengki, cuma kenyataan dia yang katanya seolah-olah best student di upm yang menjadi pertikaian.bukan dengki tapi xsuka bangsa sendiri menipu anak bangsa sendiri. islam pun suka orang menipu
ReplyDeletebiar lah dia. janji dia bahagia
ReplyDeletepeacee ;D
kaki penipu die ni. makan duit orang berapa banyak dah ni. semoga di beri balasan setimpal
ReplyDelete